web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas DPK 8 Peratus - Mohamad Sabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 8:28PM

Mohamad Sabu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang melibatkan hampir 8,000 pelabur.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen berkenaan di Kota Damansara hari ini. 

Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata DPK mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM12.5 juta dengan keseluruhan agihan dividen dan bonus sebanyak RM10.2 juta manakala peratusan agihan ialah 83 peratus daripada keuntungan bersih. 

Beliau berkata kadar dividen berkenaan melibatkan enam peratus dividen dan dua peratus bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama.

“Kita sasar dalam masa terdekat sekurang-kurangnya 50,000 ahli melabur dalam dana peladang … terdapat seramai kira-kira 921,000 ahli peladang di seluruh negara,” katanya pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen itu di Kota Damansara hari ini. 

NAFAS dalam kenyataan memaklumkan bahawa DPK turut mengumumkan satu peratus hibah bagi Akaun Simpanan Biasa Al-Wadiah DPK dengan jumlah keseluruhan komitmen bayaran sebanyak RM10.30 juta. 

“DPK mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan konsisten walaupun mengalami ketidaktentuan ekonomi dunia pascapandemik COVID-19 dengan menguruskan dana berjumlah RM222 juta bagi tahun kewangan 2022,” menurut kenyataan itu. 

Pada majlis itu, DPK turut mengumumkan para pemenang bertuah yang menyertai Kempen Jom Melabur dan Menang bersama JomPAY yang telah berlangsung selama tiga bulan bermula Disember 2022 hingga Februari 2023.

Para peladang boleh membuat proses pelaburan dengan mudah dan selamat menerusi transaksi secara dalam talian menggunakan sistem perbankan JomPAY.

Seramai 18 pemenang terpilih melalui cabutan dengan tiga daripadanya ialah pemenang utama yang menerima sebuah motosikal, pemenang kedua (televisyen) dan pemenang ketiga menerima telefon bimbit, manakala 15 pemenang sagu hati menerima antaranya telefon bimbit (lima penerima) dan 10 pemenang menerima bar emas seberat 1 gram.

Pemenang kedua yang membawa pulang sebuah televisyen, Rosli Daud, 57, daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Selangor berkata kempen JomPAY memberi peluang kepadanya untuk menambah pelaburan serta berharap DPK dapat meneruskan lagi usaha untuk menarik pelabur dengan memudahkan proses pelaburan.  

“DPK memberikan pulangan yang tinggi, dengan agihan dividen yang tidak pernah kurang daripada lapan peratus,” katanya yang sudah melabur selama hampir lima tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad