web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sekat Monopoli Beras Langkah Terbaik, Perlu Tubuhkan Semula LPN - PESAWAH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 9:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melarang monopoli beras dilihat berjaya ‘melondehkan’ dominasi ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi dalam Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Mohd Fuad Yaacob berkata, PESAWAH sememangnya menyambut baik langkah yang diambil oleh kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban dihadapi petani.

“Kita boleh lihat apabila Perdana Menteri umum perkara itu, terdedah Datuk Seri Shahidan ada saham semua. Kalau kerajaan tidak bertukar, mesti (keadaan) akan kekal seperti sedia kala dan petani pun sudah pasti tidak mengetahui perkara tersebut.

“Sepatutnya bukan (tunggu) semasa Datuk Seri Anwar (sudah) menjadi Perdana Menteri, namun perlu dilakukan awal lagi kerana BERNAS merupakan konsesi untuk membantu petani selepas diambil alih dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN),” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jaminan Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsakan pemain kecil.

“Kerajaan perlu melihat balik sebab penubuhan BERNAS.”

Mohd Fuad berkata, bantuan yang sepatutnya diberikan BERNAS tidak berlaku dan syarikat berkenaan hanya menguruskan subsidi serta pembelian terakhir padi.

“Walaupun PESAWAH menghargai persetujuan Syed Mokhtar memperuntuk RM10 juta kepada pesawah tahun ini dan RM50 juta pada 2023, langkah itu lebih bersifat satu penyelesaian jangka pendek,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan perlu menimbangkan penubuhan semula LPN sebagai badan mengawal selia industri berkenaan di Malaysia, selaras dengan hasrat Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang telah mewujudkan LPN dan Pertubuhan Peladang untuk mengangkat martabat petani.

“Kalau dilakukan dengan serius, sudah pasti petani sudah maju. Kita juga tahu membezakan mana yang terbaik antara LPN dan BERNAS. Kalau dahulunya, LPN berebut nak dapatkan bekalan padi dan pemotongan (harga) (untuk) memuaskan petani namun sekarang ia tidak berlaku.

“Oleh itu, kerajaan perlu melihat balik sebab penubuhan BERNAS dibuat hasil perbelanjaan duit rakyat yang kena dimanfaatkan semula kepada orang ramai, khususnya petani. Jangan hanya mahu jaga kepentingan yang menguntungkan pihak BERNAS sahaja namun tidak kepada petani yang mengusahakan padi sebagai makanan ruji negara,” tegasnya.

“Apa salahnya kalau BERNAS kembalikan saham kepada agensi kerajaan sebanyak 40 peratus.”

Mengulas lanjut beliau berkata, agensi kerajaan berkaitan padi perlu dijadikan sebagai pemegang saham utama di dalam BERNAS.

“Selain ditawarkan bantuan sebanyak RM10 juta dan 50 juta, apa salahnya kalau BERNAS kembalikan saham kepada agensi kerajaan sebanyak 40 peratus seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk langkah awal.

“Perkara itu dulu dilaksanakan namun sudah tiada lagi pemegang saham di kalangan agensi kerajaan. Sekiranya dilaksanakan, kerajaan mempunyai suara untuk menyekat atau menyatakan sebarang cadangan demi kebaikan petani serta pesawah di seluruh negara,” katanya.

Bercakap mengenai monopoli import beras, Mohd Fuad berkata, kerajaan digesa memberi subsidi baja secara terus kepada NAFAS kerana kerenah birokrasi menyebabkan bekalan bahan itu lewat diterima oleh pesawah.

Kerajaan juga katanya, perlu memperkasa penyelidikan dan pembangunan (RnD) dalam mencipta benih yang berkualiti demi meningkatkan keuntungan kepada petani.

“Kerajaan kena betul serius kerana kita mahu RnD benih sentiasa dibuat bagi membolehkan petani menambah hasil dan menggalakkan pendapatan tinggi.”

“Kalau tanah cantik, pengairan serta baja cukup tetapi benih tidak berkualiti, tak ke mana juga. Sebab itu, kita ada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian dan 13 agensi di bawah kementerian yang boleh buat kajian untuk bantu petani padi, kelapa sawit dan sebagainya.

“Namun, manfaatnya masih tidak diterima kita. Kerajaan kena betul serius kerana kita mahu RnD benih sentiasa dibuat bagi membolehkan petani menambah hasil dan menggalakkan pendapatan tinggi. Kenapa Malaysia perlu lima hingga 10 tahun untuk buat benih baharu sedangkan negara lain hanya ambil masa setahun sahaja.

“Baja juga setiap tahun ia menjadi masalah sebab kena tunggu terlalu lama walaupun bajet telah dikeluarkan kerajaan Persekutuan. Berikan dan percepatkan proses dengan memberikannya kepada NAFAS agar mereka mampu mengoperasikan baja bersubsidi kepada petani,” tegasnya.

Perdana Menteri dua hari lalu menegur tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana memonopoli import beras di negara ini.

Anwar menegaskan, kerajaan pimpinannya tidak akan mengizinkan lagi pembolotan kekayaan oleh tokoh politik yang dengan begitu mudah menghisap darah pesawah miskin.

Beliau berkata, perkara itu telah disampaikan secara jelas kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, taikun perniagaan yang mengawal BERNAS, dalam perbincangan baru-baru ini mengenai hak import eksklusif milik syarikatnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau juga menegur Syed Mokhtar semasa perbualan mereka berhubung monopoli syarikatnya.

Anwar turut menyangkal dakwaan bahawa tindakan berkenaan diambil untuk meruntuhkan empayar perniagaan dibangunkan Syed Mokhtar.

Jelas Perdana Menteri, langkah itu adalah bagi menjaga kepentingan serta kebajikan pesawah miskin di negara ini. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

3

Semasa 5 hari yang lalu

PM Selar Hipokrasi Barat, Gesa Perpaduan Negara Islam Diperkukuh Untuk Hentikan Kezaliman

4

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 11 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek