web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Henti Tayangan Konspirasi Dibuat Secara Dalaman - Elepfilm Entertainment

Elepfilm Entertainment memohon agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi, andaian atau penyebaran maklumat yang tidak sahih berkaitan perkara itu

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2026 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat penerbitan Elepfilm Entertainment Sdn Bhd memaklumkan keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam seluruh negara dibuat secara dalaman oleh pihak pengurusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa dan bukan bertujuan sebagai publisiti atau strategi pemasaran.

"Elepfilm Entertainment memohon agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi, andaian atau penyebaran maklumat yang tidak sahih (berkaitan perkara itu)," menurut kenyataan itu.

Elepfilm Entertainment memaklumkan mereka menghargai segala maklum balas, sokongan dan pandangan yang diberikan pelbagai pihak terhadap tayangan filem itu.

"Kami berharap penonton akan terus memberikan sokongan kepada tenaga kreatif yang terlibat dalam filem Konspirasi serta industri perfileman tempatan secara keseluruhannya," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu susulan pelbagai spekulasi berhubung penamatan tayangan filem berkenaan bermula 28 Mei.

Pada 29 Mei, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan tayangan Konspirasi di seluruh pawagam negara ditamatkan atas permintaan penerbit sendiri.

FINAS memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan Media Prima Bhd selaku pengedar filem yang berurusan dengan pihak pemamer (pawagam).

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu menampilkan barisan pelakon seperti Sarimah Ibrahim, Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Roy Azman dan Esma Daniel. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM