web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Selar Hipokrasi Barat, Gesa Perpaduan Negara Islam Diperkukuh Untuk Hentikan Kezaliman

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2026 5:39PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap hipokrasi dan kemunafikan masyarakat antarabangsa khususnya Barat yang dilihat gagal mempertahankan prinsip demokrasi serta keadilan dalam mendepani kezaliman berterusan rejim Zionis di Gaza dan selatan Lubnan.

Beliau berkata semangat demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan oleh negara Eropah dan Amerika Syarikat seolah-olah "pupus" apabila melibatkan isu penindasan terhadap rakyat Palestin serta Lubnan.

"Saya aneh dengan masyarakat antarabangsa ini, jika kita mahu mengharapkan Eropah dan Amerika Syarikat untuk meletakkan semangat demokrasi serta keadilan, ia sudah pupus sama sekali.. ini kerana apabila penduduk Palestin di Gaza dan selatan Lubnan dizalimi, ia nyata tidak memberi kesan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini hari ini.

Anwar berkata beliau telah menghubungi beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia.

Perdana Menteri berkata ia bagi menggesa semangat perpaduan dalam kalangan negara Islam diperkukuh untuk menghentikan keganasan dan permusuhan yang sedang berlaku.

"Itu yang saya sampaikan, Malaysia akan terus mempertahankan prinsip kebebasan dan menyatakan yang hak, sama ada bagi umat Islam yang tertindas mahupun manusia lain.

"Suara kita akan tetap tegas serta lantang kerana sehingga kini, belum nampak titik penyelesaian terhadap serangan bertubi-tubi ke atas Iran, selatan Lubnan dan Gaza," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata krisis bekalan global akibat ketidaktentuan geopolitik turut memberi kesan kepada ekonomi rantau ini termasuk Malaysia.

Beliau berkata walaupun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan berada dalam keadaan aman, Malaysia tetap terjejas akibat kesan ekonomi yang tidak menentu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa barisan kepimpinan politik agar mengutamakan kebijaksanaan dan kewarasan dalam mentadbir selain menumpukan usaha sepenuhnya kepada membela nasib rakyat.

"Sebab itu, politik kita jangan terbawa-bawa dengan sentimen, harus tenang, ada kebijaksanaan, tumpu untuk membela nasib rakyat, bukan untuk menggila seperti yang berlaku di negara-negara barat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

oleh Amirah Abu Bakar