web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertubuhan Peladang Diwartakan Sebagai Badan Awam Di Bawah Akta SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:15PM

Zamri Yaakob berkata pewartaan tersebut membuktikan betapa pentingnya Pertubuhan Peladang kepada negara - Gambar Facebook Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Advokasi Penetapan Badan Awam Terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Tahun 2023 telah dianjurkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat NAFAS hari ini.

Program tersebut seiring dengan pewartaan Pertubuhan Peladang sebagai Badan Awam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) yang berkuat kuasa 22 Mei lepas. 

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata pewartaan tersebut membuktikan betapa pentingnya Pertubuhan Peladang kepada negara.

“Ini umpama satu pengiktirafan yang perlu dipikul dengan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah dan tadbir urus Pertubuhan Peladang.

“Dengan pewartaan ini juga, akan memberi satu definisi yang jelas dan tepat dalam menguatkuasakan perundangan bagi memastikan warga peladang menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah dalam aktiviti harian perniagaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pewartaan di bawah Seksyen 71 (1) Akta 694 itu menjadikan Pertubuhan Peladang yang merangkumi NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan sebagai Badan Awam.

Terdahulu, taklimat sempena Program Advokasi Penetapan Badan Awam Terhadap NAFAS Ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Tahun 2023 telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Ramli Hassan.

Mengulas lanjut Zamri berkata penganjuran program tersebut membuktikan komitmen dalam memperkasakan integriti, nilai insan yang tinggi dan unggul demi menjadikan NAFAS sebuah organisasi Pertubuhan Peladang yang telus dan cemerlang.

“Sebagai agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, NAFAS memikul tanggungjawab dalam memperbaiki sosioekonomi para peladang dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memajukan industri pertanian negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad