web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Selaras Urus Tadbir, Logistik PM Di UAE Punca Diplomat Kanan Diarah Pulang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 9:23PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid dipanggil pulang ke Wisma Putra.

Jurucakap kementerian itu memaklumkan, arahan tersebut dikeluarkan selepas kedua-dua Ketua Perwakilan itu gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik terutamanya semasa ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di Dubai pada 29 Mac lalu.

Katanya, antara lain kegagalan itu menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai. 

“Selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan prosedur operasi standard (SOP) biasa juga tidak ada.

“Lazimnya, dalam apa keadaan sekalipun, seperti ketika Perdana Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu, namun Ketua Perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikut SOP untuk beliau,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Susulan itu katanya, tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai tersebut bukan sesuatu yang luar biasa.

“Keputusan itu dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

“Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan, di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya lagi, kedua-dua Ketua Perwakilan itu juga gagal memaklumkan kepada Wisma Putra mengenai penganjuran Kemuncak Kerajaan Sedunia (WGS) yang diadakan dalam kawasan Ekspo Dubai.

“Pimpinan tertinggi  hanya mengetahui tentang WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain. 

“Sekiranya pimpinan tertinggi KLN dimaklumkan awal tentang penganjuran WGS, pastinya usaha telah dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa UAE, PYT Reem Ebrahim Al Hashimy tengah hari 30 Mac lalu.

Melalui pertemuan tersebut, katanya, Perdana Menteri turut diundang menghadiri Majlis Penutup WGS pada sebelah petang.

Katanya, masalah tersebut tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal kerana kerajaan UAE menyediakan kemudahan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan sehingga akhir lawatan.

“Justeru, semasa majlis perlepasan pulang Perdana Menteri dari Dubai, kerajaan UAE telah mengaturkan static guards of honour di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, dan Kerajaan UAE diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, TYT Omar bin Sultan Al Olama. 

“Semasa di lapangan terbang itu, Tuan Omar menyampaikan undangan kerajaan UAE kepada Perdana Menteri untuk menyampaikan Ucap Utama di WGS pada 2023, dan beliau bersetuju menerima undangan tersebut,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan dua diplomat kanan terbabit didakwa diarahkan pulang dan ‘direhatkan’ berikutan isu sambutan ketibaan Ismail Sabri ke UAE bulan lalu.

Memetik laporan tersebut, sumber dalaman berkata, Mohd Tarid dan Mohd Hasril merupakan satu-satunyan pegawai kanan yang hadir di lapangan terbang untuk menyambut Ismail Sabri ketika penerbangannya mendarat di Dubai.

Tiada pegawai tertinggi UAE hadir, sebagaimana menjadi protokol biasa bagi seorang menteri kanan negara tuan rumah ditugaskan secara rasmi untuk menerima tetamu kenamaan asing.

Begitupun KLN meluahkan rasa kesal mengenai laporan tersebut kerana bukan sahaja mengandungi maklumat tidak tepat malah lebih bersifat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas.

Katanya, berdasarkan kandungan tulisan tersebut, jelas sekali sumber-sumber yang dirujuk atau dipetik bukannya datang daripada pegawai atau pihak terlibat secara langsung dalam mengendalikan urusan lawatan tersebut.

“KLN ingin menjelaskan bahawa Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu sempena Ekspo 2020 Dubai. 

“Lawatan tersebut telah berjaya mencapai semua objektif yang disasarkan,” katanya. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Komited Majukan Sektor Tenaga Boleh Perbaharui, Konsisten Mudahkan Perniagaan Dengan UAE

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek