web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

Wanita kelahiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu bakal penuhi impian sejak kecil untuk mengembara ke angkasa lepas 

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:25PM

gambar X Nora AlMatrooshi 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak kecil, Nora AlMatrooshi mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke bulan dan mengembara ke angkasa lepas.

Akhirnya, berkat usaha gigih dan tidak putus asa, baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu berjaya menamatkan program latihan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), sekali gus membolehkan beliau menunaikan cita-citanya.

Ketika ditemubual AFP, angkasawan wanita itu berkongsi kisah mengenai angkasa lepas ketika berada di sekolah rendah.

Katanya, simulasi perjalanan ke angkasa lepas yang dicipta gurunya, lengkap dengan pakaian angkasa yang dihasilkan sendiri dan khemah untuk kapal roket.

"Kami keluar dari khemah dan suasana di dalam bilik gelap kerana guru kami menutup kesemua lampu. Beliau turut menutup keseluruhan bilik dengan kain berwarna kelabu dan memaklumkan bahawa kami kini berada di permukaan bulan.

"Kejadian itu sentiasa berada di dalam ingatan saya. Saya masih teringat ketika itu saya berfikir ia sangat mengagumkan.

"Ia mendorong saya untuk melakukannya iaitu menjejakkan kaki di permukaan bulan, dan di saat itulah segalanya bermula," katanya ketika ditemubual AFP dengan memakai pakaian seragam berwarna biru, lengkap dengan namanya dan bendera UAE.

Memetik laporan portal France 24.com, Nora yang juga seorang jurutera mekanikal dan pernah berkhidmat dalam industri minyak, adalah salah seorang daripada dua calon yang dipilih oleh Agensi Angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAESA) pada 2021 untuk menyertai program latihan bersama NASA.

Kini, selepas menjalani latihan selama dua tahun, termasuk latihan berjalan di angkasa leoas, Nora dan rakan senegaranya, Mohammad AlMulla serta 10 lagi yang menjalani latihan sama, diiktiraf sebagai angkasawan.

Kumpulan itu yang dikenali sebagai 'The Flies', juga layak menyertai misi NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Artemis ke bulan, malah terbang ke Marikh.

Walaupun, Nora adalah wanita Arab pertama tamat latihan NASA, sebelum ini ada dua lagi wanita berketurunan Arab yang sudah menyertai misi angkasa swasta.

Ia termasuk penyelidik bioperubatan warga Arab Saudi,  Rayyanah Barnawi yang terbang ke ISS bersama Axiom Space tahun lalu dan jurutera keturunan Mesir-Lubnan, Sara Sabry yang menjadi salah seorang kru penerbangan Blue Origin pada 2022. - Getaran, 8 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Komited Majukan Sektor Tenaga Boleh Perbaharui, Konsisten Mudahkan Perniagaan Dengan UAE

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bakal Kenal Pasti Lokasi Bagi Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas