web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Majukan Sektor Tenaga Boleh Perbaharui, Konsisten Mudahkan Perniagaan Dengan UAE

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 9:23AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia komited memajukan sektor tenaga boleh diperbaharui dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), melibatkan pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan kerja yang dilakukan dalam tempoh 36 jam itu turut melibatkan sektor aeroangkasa dan logistik.

Perdana Menteri memberi jaminan, beliau sentiasa konsisten dalam menyatakan komitmen untuk memudahkan urusan perniagaan dengan UAE.

“Itu yang dizahirkan tatkala mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi.

“Selain Sheikh Mohamed, saya turut bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Anwar, beliau optimis perancangan yang dirangka itu mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui.

Pelaburan yang diperoleh termasuk komitmen oleh Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek-projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti 10 gigawatt (GW) di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hubungan perdagangan serta pelaburan Malaysia-UAE kukuh dan merangkumi pelbagai sektor.

Katanya, ia sejajar dengan misi sifar bersih Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030), tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian rendah karbon adalah sasaran pelaburan baharu Malaysia.

Jelas beliau, kerjasama strategik MITI bersama Masdar dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan merintis jalan kepada Malaysia menceburi teknologi baharu yang mengutamakan karbon rendah, pembuatan hijau dan penyelesaian ekonomi sirkular. - Getaran, 11 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas