web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bakal Kenal Pasti Lokasi Bagi Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 8:12AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Kerajaan akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini berikutan Malaysia menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur luar yang mahu datang ke Malaysia untuk melabur dalam bidang tersebut.

“Beberapa kawasan akan dipilih, kita akan mengenal pasti di antara 10 hingga 12 tempat. Mereka (pelabur) akan pilih. Sebahagiannya di Pahang,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini, semalam.

Katanya, ketika ini, Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tenaga boleh diperbaharui dan akan semakin ke depan jika komitmen pelaburan daripada UAE yang bernilai AS$8 bilion untuk projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt menjadi kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan juga bercadang supaya pusat data yang ketika ini berada di Johor dan Selangor dikembangkan ke negeri-negeri berdekatan.

“Sewaktu pertemuan dengan pelabur-pelabur, mereka semua meminta kita mempercepatkan dan memudahkan proses untuk melakukan perniagaan. Ini yang kita kena usahakan, sebab ada negara lain yang boleh menawarkan dengan lebih baik daripada kita.

“Jika kita memudahkan mereka, pelaburan masuk akan lebih tinggi dan pendapatan negara meningkat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad