web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:18AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan, kata 'Joint Operations Command' Kementerian Pertahanan UAE dalam hantarannya di halaman X.

Kementerian Pertahanan Mesir berkata, Tentera Udara Mesir meningkatkan aktiviti penyampaian bantuan udaranya dari Lapangan Terbang Al-Arish yang diselaraskan dengan Tentera Udara UAE.

Guguran udara itu adalah sebahagian daripada operasi 'Birds of Goodness' bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

"Sejak pelancaran inisiatif itu pada 29 Februari, kira-kira 405 tan bantuan kemanusian telah disampaikan ke Gaza", katanya.

Lebih daripada 31,500 warga Palestin di Gaza maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain 73,546 yang lain cedera di tengah- tengah kemusnahan besar dan kekurangan bekalan asas.

Serangan Israel mengakibatkan 85 peratus daripada populasi di Gaza kehilangan tempat tinggal, selain daripada menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, sementara 60 peratus daripada infrastrukturnya rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Satu perintah sementara dikeluarkan pada Januari lalu kepada Tel Aviv supaya ia memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan menjamin bantuan kemanusian diberikan kepada orang awam di Gaza. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Penduduk Gaza Terus Jadi Sasaran Israel, Bantuan Melalui Udara Tidak Berkesan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad