web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 11:39AM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Berikutan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat di Abu Dhabi pada Rabu, beberapa penerbangan Etihad Airways mungkin menghadapi kelewatan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

"Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka dan keluar awal untuk perjalanan ke lapangan terbang," menurut syarikat penerbangan itu.

"Etihad akan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas oleh sebarang gangguan untuk membantu mereka dengan perubahan jadual perjalanan dan membantu mereka sampai ke destinasi terakhir.

"Keselamatan dan keselesaan pelanggan dan anak kapal adalah keutamaan kami dan kami menyesali sebarang kesulitan yang timbul," kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Terdahulu, WAM melaporkan bahawa disebabkan keadaan cuaca buruk, beberapa penerbangan Emirates ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami kelewatan atau gangguan, menurut kemas kini yang diterbitkan oleh syarikat itu di akaun rasmi X.

Untuk menyemak status penerbangan yang akan datang, penumpang dinasihatkan melayari https://emirat.es/flightstatus.

Untuk tempahan sedia ada pula, penumpang diminta melayari https://emirat.es/support.

"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa semua penumpang yang terjejas ke destinasi terakhir mereka dengan selamat dan akan memberikan kemas kini secepat mungkin," kata syarikat penerbangan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Flydubai berkata keadaan cuaca buruk di seluruh UAE pada Selasa telah menyebabkan gangguan ketara terhadap operasi syarikat penerbangan di DXB.

"Akibatnya, banyak penerbangan flydubai telah dibatalkan atau mengalami kelewatan. Keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sepanjang malam dan sehingga Rabu (17 April).

"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengemas kini jadual kami dengan sewajarnya. Pendekatan ini akan membolehkan kami memulihkan kesinambungan operasi dengan lebih cekap dan menampung penerbangan yang tiba dari seluruh rangkaian jika boleh," kata jurucakap itu.

Penumpang yang membuat tempahan dan telah dibatalkan akan ditawarkan bayaran balik penuh. - BERNAMA-WAM

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad