web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 8:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aktivis Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.

Ia dikatakan membabitkan penggunaan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bh.

BERNAMA melaporkan, peguam Rafique Rashid Ali, ketika dihubungi berkata, Chegu Bard akan didakwa pada jam 9.30 pagi ini.

Beliau dilaporkan berkata, menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada pihak Bukit Aman.

Rafique Rashid berkata, Badrul Hisham akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu mengeluarkan kenyataan memfitnah dan pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

"Kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim," katanya.

Semalam media tempatan melaporkan, Chegu Bard ditahan polis di di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam kelmarin sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang dipetik media, berkata Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948. – Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad