web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaji Semula Elaun Bayaran Insentif Bomba - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:06PM

Elaun Bayaran Insentif Bomba tidak setimpal dengan bebanan dan risiko dihadapi anggota badan beruniform berkenaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Elaun Bayaran Insentif Bomba (BIB) sebanyak RM110 untuk 12 jam perlu dikaji semula kerana ia tidak setimpal dengan bebanan dan risiko dihadapi anggota badan beruniform berkenaan.

Menggesa supaya elaun terbabit dikaji semula, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, bayaran diterima itu terlalu rendah sedangkan mereka diarah bekerja 12 jam tanpa sebarang tuntutan bagi tugasan lebih masa.

Menurutnya, jumlah RM110 itu bersamaan dengan RM1.10 sejam untuk waktu operasi syif 12 jam dan hanya sekitar 80 sen setiap jam bagi syif 24 jam.

Jelas Adnan, kadar terbabit tidak pernah dikaji sejak 14 tahun lalu.

“Mengikut rekod, elaun BIB yang diterima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah RM27.50 pada tahun 90-an sebelum dinaikkan kepada RM90 pada tahun 2000 dan RM110 pada 2007.

“CUEPACS difahamkan, sebelum ini JBPM sendiri sudah memohon kenaikan elaun BIB kepada anggota mereka, namun sehingga kini ia masih belum diputuskan kerajaan,” katanya hari ini.

Adnan menyatakan demikian sebagai mengulas kematian pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Mohd Firdaus Sulaiman, 32, yang parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu.

Mohd Firdaus dilaporkan meninggal dunia pada jam 4.15 pagi tadi di Hospital Segamat.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, tugas anggota bomba sebagai antara barisan hadapan negara memerlukan pengorbanan yang besar.

“Walaupun nilai pengorbanan tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, ia perlu setimpal dengan khidmat terutama mereka yang berada di bahagian operasi dan menyelamat.

“Peningkatan elaun perkhidmatan antara inisiatif bagi menghargai anggota JBPM, selain memastikan segala peralatan diterima mematuhi piawaian keselamatan dan diselenggara dengan baik,” katanya.

Adnan berkata, sebagai justifikasi, permohonan kenaikan BIB memang wajar dibuat JBPM jika dibandingkan dengan risiko dihadapi.

“Isu ini sudah berpanjangan sejak 2015 dan lebih 12,000 anggota JBPM masih menunggu bilakah nasib dan kebajikan mereka ini akan diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya. – Getaran, 13 Disember 2021  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad