web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Potong Giliran Vaksin Berita Palsu - MB

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 2:38PM

Ahmad Yakob - Gambar Facebook Ahmad Yakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU : Dakwaan mengenai cubaan memotong giliran bagi suntikan vaksin COVID-19 di Kelantan hanyalah satu berita palsu yang memetik sumber tidak sahih.

Menegaskan perkara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan itu hanya berdasarkan satu perbualan bebas di laman sosial Facebook semata-mata.

Katanya, beliau juga tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.

"Ia berkemungkinan hanya perbualan bebas di Facebook semata-mata dan tidak ada sumber yang tepat.

“Kita juga sudah membuat perancangan dan persiapan bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi melakukan suntikan vaksin esok. Tengok esok siapa yang lompat atau tidak,” katanya.

Ahmad berkata, adalah satu perkara biasa jika majoriti penerima mahu menjadi antara yang terawal mendapat suntikan berkenaan, dan kerajaan tidak mampu melaksanakan program imunisasi terbabit secara serentak.

“Atas faktor ini, sudah tentu ada penerima yang diberi suntikan lebih awal dan baki pada fasa berikutnya. Itu perkara biasa,” katanya selepas menyaksikan Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin secara maya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan berhubung cubaan memotong giliran dalam program imunisasi terbabit di negeri Kelantan, seperti yang tular di media sosial, melibatkan golongan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dakwaan itu sedikit sebanyak mencemarkan imej pejabat kesihatan negeri, yang dilihat seolah-olah membenarkan ia berlaku.

"Kita tidak mengutamakan pihak atasan daripada kerajaan negeri untuk suntikan vaksin itu.

“Pihak kita sudah mengenal pasti pasukan barisan hadapan dalam kalangan pegawai perubatan dan mereka diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad