web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syukur Saya Dapat Selesaikan Pengebumiannya Hingga Ke Liang Lahad – Didie Alias Juga Reda Dengan Pemergian Ridzuan Hashim 

Didie turut memuat naik sekeping gambarnya bersama Ridzuan dan anak-anak mereka beserta keluarga baharunya sempena sambutan Syawal baru-baru ini turut memaklumkan bekas suaminya merahsiakan sakitnya kerana bimbang tidak dapat ‘job’ berlakon.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 8:15AM

Didie sekeluarga sempat merayakan Aidilfitri bersama bekas suaminya Ridzuan baru-baru ini. - Gambar Instagram Didie Alias

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis versatil, Didie Alias berasa bersyukur kerana dapat menyelesaikan pengebumian jenazah arwah suaminya, Ridzuan Hashim, malam tadi. 

Jenazah Allahyarham Ridzuan Hashim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, jam 8.30 malam tadi selepas jenazahnya disolatkan di Masjid Mustaqqin di kawasan berhampiran. 

“Walaupun dia bekas suami, tapi dia adalah ayah kepada kelima-lima saya. Syukur saya dapat selesaikan pengebumiannya.

Gambar Instagram Dhaniyah Ridzuan (anak Ridzuan Hashim) 
Gambar Instagram Dhaniyah Ridzuan (anak Ridzuan Hashim) 

“Perjalanannya juga diaturkan sangat baik daripada nafasnya yang terakhir pada tengahari tadi sampailah ke liang lahad. 

“Saya reda dengan pemergiannya. Kelima-lima-lima anak saya termasuk anak yang baru (bersama suami baru) dapat jaga dia. Bagi kasih sayang pada dia. Kita pun tahu dia tak sihat dan  dia memang rahsiakan sakitnya itu kerana bimbang tidak dapat ‘job’ berlakon,” katanya. 

Didie turut memuat naik sekeping gambarnya bersama Ridzuan dan anak-anak mereka beserta keluarga baharunya sempena sambutan Syawal baru-baru ini. 

Menerusi kapsyen tersebut, Didie menulis: “Hari yang paling bahagia buat arwah. 4 Mei 2023, arwah pergi buat selama-lamanya”. 

Allahyarham Ridzuan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit jantung, pada jam 2 petang. 

Sebelum itu, arwah dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Tun Razak pada jam 11 pagi dan dikejarkan ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan. Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Berita pemergian aktor senior berkaliber ini telah disahkan bekas isterinya, Didie Alias menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya, kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.

"Arwah jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan hadir telah memberikan penghormatan terakhir buat arwah. 

Antaranya, Datuk Yusof Haslam, Datin Alyah, Edika Yusof, Fizo Omar, Norman Hakim, Ieda Moin dan Zalif Sidek serta pekerja-pekerja belakang tabir industri kreatif hiburan. 

Ridzuan Hashim dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan telah banyak membintangi drama dan filem.

Antara filem lakonan beliau adalah Antara Dua Hati (1988) yang juga merupakan filem pertama beliau, Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002), SH3 (2004), Qaisy & Laila (2005), 1957: Hati Malaya (2007), Dunia Baru The Movie (2008).

Watak King Yang dibawakan Dalam filem KL Gangster telah meledakkan semula nama beliau dalam industri perfileman tanah air.

Arwah Ridzuan Hashim juga pernah memenangi anugerah Pelakon lelaki terbaik FFM ke 9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Beliau pernah berkahwin dengan Didie Alias pada tahun 1991 serta dikurniakan lima cahaya mata, namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah pada 2002. – Getaran, 5 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

30 Tahun Yang Indah Menjadi Anak Ayah – Luahan Nur Dhaniyah Terhadap Pemergian Ridzuan Hashim Bikin Ramai Sebak

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Perginya 'King' Ridzuan Hashim, Menyahut Seruan Ilahi

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Kuasa' Kisah Fiksyen Perebutan Kuasa Keluarga Penerbit Berpengaruh 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN