web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


30 Tahun Yang Indah Menjadi Anak Ayah – Luahan Nur Dhaniyah Terhadap Pemergian Ridzuan Hashim Bikin Ramai Sebak

“Pahit untuk ditelan apa lagi menerima tapi dah ketentuan Tuhan. Tapi kakak bersyukur, mudahnya Allah ambil ayah tanpa menyusahkan sesiapa pun,” Dhaniyah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:00PM

Nur Dhaniyah bersama bapanya, Allahyarham Ridzuan Hashim - Gambar Instagram Dhaniyah Ridzuan

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ramai yang mengenali kelima-lima anak Allahyarham Ridzuan Hashim bersama Didie Alias sebelum pasangan selebriti ini bercerai pada 2002 serta membawa haluan hidup masing-masing – Didie berkahwin lain, manakala Ridzuan kekal menduda. 

Namun, ketika hayatnya masih ada, Ridzuan memang dikenali sebagai seorang bapa yang penyayang serta cukup rapat dengan kesemua anak-anaknya itu. 

Tidak hairanlah mengapa hingga saat ini, kesemua anak-anak kepada aktor berkaliber ini masih lagi terkesan dengan pemergian bapa mereka yang menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu akibat penyakit jantung, terutama sekali anak sulungnya, Nur Dhaniyah Ridzuan.

Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosialnya, Dhaniyah yang membahasakan dirinya sebagai 'kakak' memberitahu, bahawa pemergian bapanya itu sememangnya mengejutkan buat dia dan adik-beradiknya.

“Pahit untuk ditelan apa lagi menerima tapi dah ketentuan Tuhan. Tapi kakak bersyukur, mudahnya Allah ambil ayah tanpa menyusahkan sesiapa pun.

“Mungkin itu yg ayah impikan. Ayah tak nak susahkan anak anak dan bersyukurnya kakak ayah menghembuskan nafas terakhir atas pangkuan anak ayah sendiri. 

“Terima kasih Dhan (Muhammad Dhanial – adik lelaki) sebab sabar jaga ayah. Tak boleh kakak bayangkan kalau ayah meninggal tanpa kami adik beradik disisi keseorangan tanpa berita,” tulis Dhaniyah yang sudah pun berumahtangga serta memiliki cahaya mata. 

Mendedikasikan hantaran itu buat arwah ayahnya, Dhaniyah berkata lagi, dia tahu ayahnya akan membaca apa yang ditulisnya itu, 

“Kami reda ayah, Cuma kakak kena kuat untuk adik-adik dan adik-adik pun kena kuat untuk kakak. Pesan mummy dari dulu supaya sentiasa jaga adik-adik juga kakak ingat. 

“Kakak tahu ayah dah takda, tapi ini sahaja cara untuk kami adik-beradik  sampaikan luahan hati kami yang mendambakan tawa, gurauan dan usikan ayah. Doa sentiasa mengiringi ayah, InsyaAllah, takkan putus. 

“Terima kasih kerana jadi ayah yang terbaik untuk kami semua. Kakak akan sentiasa ingat bagaimana ayah akan meraikan kami walaupun dengan hanya benda yang kecil. Juga yang besar. 

“Impian ayah nak kakak jadi atlet sukan dulu, sampai belikan satu set dari baju, beg sampai ke kasut. Kakak ingat macam mana ayah semangat nak daftarkan kakak ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. 

“Tapi itulah, tak cukup satu A je time tu, hehe,” katanya.

Sambung Dhaniyah lagi, banyak memori yang tersimpan dengan arwah ayahnya itu. 

“Semua perkara pertama, kakak lakukan dengan ayah. InsyaAllah, kakak akan tunaikan permintaan ayah untuk jadi isteri dan anak yang solehah. 

“Tidak ada rezeki kakak nak teruskan niat untuk jaga ayah. Tapi, kakak akan jaga suami, anak-anak dan mertua kakak macam mana kakak jaga ayah. Amin.

“Rehatlah ayah di rumah baru ayah. Kakak doa dari jauh. Ayah dah tak sakit-sakit dah. Kaki ayah pun dah tak bengkak. Rindu dah ayah. Al-Fatihah ayah. Kakak pun sayang ayah,” katanya. 

Dhaniyah juga menyifatkan bahawa perginya ayahnya di hari yang baik iaitu hamis, malam Jumaat dan bulan yang baik iaitu pada tanggal 12 Syawal. – Getaran, 8 Mei 2023 

Mohd Ridzuan Hashim – 13 Ogos 1961- 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 40 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN