web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kuasa' Kisah Fiksyen Perebutan Kuasa Keluarga Penerbit Berpengaruh 

Selepas Shamsul dan Syafiq, kini Shamim pula terlibat secara serius dalam industri perfileman dengan menerbitkan Kuasa. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 12:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan iaitu 'Kuasa' bakal menjadi taruhan Astro Shaw dan Skop Productions dalam produksi baharu terbitan mereka bersama. 

Sebelum ini, kedua-dua penerbit ini sudah acapkali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, 'Abang Long Fadil 2', 'KL Special Force', 'Misteri Dilaila'. Bahkan, mereka juga turut meneroka platform Astro First dengan menerbitkan 'Penunggang Agama' 1 & 2. 

'Kuasa' yang merupakan kolaborasi baharu mereka adalah sebuah bersiri premium yang membariskan membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.

Mewakili Skop Productions, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama siri premium 'Kuasa' akan menemui penonton tidak lama lagi.

“Saya dibesarkan dalam keluarga seni dan sering didedahkan khususnya dengan industri perfileman melalui bapa saya. 

“Tidak dinafikan sedikit sebanyak ia telah memupuk minat yang mendalam untuk mengikut jejak papa.

“Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, saya pula lebih berminat dalam selok belok penerbitan.

“Kuasa juga adalah idea asal pertama saya yang akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan. 

“Saya juga yakin, ia sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama penonton. Terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium,” katanya.

 Drama siri premium ini sebanyak lapan episod ini menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Selama 35 tahun di dalam industri, Tan Sri Dhameer telah berjaya membina sebuah empayar syarikat produksi yang terbesar dengan menerbitkan banyak  filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan. 

Tiga orang anaknya iaitu Delilah, Darius dan Dharma berebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya. Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. 

Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang?

Inilah yang bakal diterjemahkan Kroll Azry selaku pengarah drama bersiri premium ini.  Kroll sebelum ini pernah mengarahkan drama bersiri ‘Black’ yang tercalon menerusi Drama Siri Terbaik/Telefilem Untuk Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020. Selain itu, dia juga pernah mengarahkan  ‘KL Gangster Underworld 2’ dan filem 'Pekak'. 

Apa yang menarik, 'Kuasa' juga turut dilatari lagu tema menggunakan judul yang sama yang dipersembahkan Joe Flizzow  dengan menampilkan Azlan & The Typewriter. 

Bergenre drama, jenayah dan romantik, 'Kuasa' yang memiliki lapan episod bakal ditayangkan bermula 11 April ini, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra (saluran 108) atau strim di platform Astro GO atau On Demand. - Getaran, 31 Mac 2022

Gambar : Astro 


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Rampasan Kuasa Gabon: Semua Rakyat Malaysia Selamat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN