web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perginya 'King' Ridzuan Hashim, Menyahut Seruan Ilahi

Aktor filem 'KL Gangster' Ridzuan Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 62 tahun di kediamannya di Bandar Tun Razak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 4:26PM

Ridzuan Hashim - Gambar Instagram Ridzuan Hashim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor, Ridzuan Hashim yang terkenal dengan watak King dalam filem KL Gangster telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Arwah dilaporkan pengsan di kediamannya Di Bandar Tun Razak pada jam 11 pagi  dan dikejarkan ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan.  Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Berita pemergian aktor senior berkaliber ini telah disahkan bekas isterinya, Didie Alias menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, petang tadi.

Didie yang kelihatan sebak, memaklumkan bahawa bekas suaminya itu telah pun meninggal dunia pagi tadi.

"Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan serta maafkan beliau," katanya.

Ridzuan Hashim dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan telah banyak membintangi drama dan filem.

Antara filem lakonan beliau adalah Antara Dua Hati (1988) yang juga merupakan filem pertama beliau, Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002), SH3 (2004), Qaisy & Laila (2005), 1957: Hati Malaya (2007), Dunia Baru The Movie (2008).

Watak King Yang dibawakan Dalam filem KL Gangster telah meledakkan semula nama beliau dalam industri perfileman tanah air.

Beliau pernah berkahwin dengan Didie Alias pada tahun 1991 serta dikurniakan lima cahaya mata, namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah pada 2002.

Dalam perkongsian terbaharu daripada Persatuan SENIMAN, jenazah arwah kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk urusan post mortem.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Dusun Tua Batu 16 setelah selesai urusan di HKL dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Hulu Langat selepas Maghrib. - Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN