web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Solo Bertembung Dengan Search, Apa Kata Datuk Hattan? 

Di dalam konsertnya itu nanti, Hattan bakal mempersembahkan 17 lagu hit dan beberapa lagu dalam 'Anta Permata Timur' yang pernah diban satu masa dahulu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 7:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi soul rock dan blues, Datuk Hattan mengambil pendekatan  positif apabila konsert solo berskala besar yang bakal dijayakannya dalam tempoh masa terdekat ini bertembung dengan 'Konsert Search Endemik'. 

Konsertnya yang dinamakan sebagai 'Konsert Hattan 35 Years Journey' ini akan diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 dan 5 Jun, bersamaan dengan tarikh konsert Search yang dibarisi Amy dan barisan anggota muziknya itu. 

“Sebenarnya pertembungan konsert ini ada pro dan kontranya. Apapun, ia sebenarnya bagus untuk industri kerana ia sudah mula kelihatan meriah. Cuma, penontonnya adalah dari kalangan kelompok yang sama. 

“Semua ini akhirnya berbalik kepada rezeki dan masing-masing juga memiliki strategi mereka sendiri untuk memasarkan konsert mereka. Harapan saya cuma satu, semoga kedua-dua konsert ini akan sukses,” katanya kepada Getaran. 

Hattan bagaimanapun mengakui sedikit hairan apabila konsert solonya yang dianjurkan Mewah Event Management itu bertembung dengan konsert band muzik rock gergasi itu sedangkan pihaknya terlebih dahulu mengumumkan tarikh  konsert mereka. 

“Kenapa mereka tidak anjakkan tarikh. Walau apapun, ia terpulang kepada pihak penganjur. Kalau ikut saya, baik ia berjarak sedikit. 

“Sepatutnya kena ada kompromi dalam hal ini. Tapi, tidak apalah. Lagipun konsert saya pada 5 Jun, tiket sudah habis terjual. 

“Untuk konsert pada 4 Jun pula, tiket sudah pun terjual sebanyak 60 peratus dan jualannya masih lagi berterusan. Saya percaya ia akan terjual habis. Lagipun, peminat di Malaysia ini, suka beli tiket di saat akhir,” katanya. 

Namun, pada masa yang sama, Hattan juga tidak mahu konsertnya yang boleh memuatkan 1500 penonton itu terlalu padat. 

“Sebab kita bimbang juga dengan virus COVID-19. Sekarang ini, memang kita okey. Tapi, andai kata muncul virus Covid yang baharu, ia akan menyusahkan. Disebabkan satu dua kes nanti, kita semua kena dan tidak boleh buat konsert,” katanya.

Bercakap tentang repertoire konsertnya, Hattan berkata, pada awalnya, mereka bercadang untuk memainkan 30 buah lagi, tapi akhirnya dipotong menjadi 26 lagu. 

“Hampir 17 hingga 18 lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu hit saya. Jadi, saya percaya ia akan menjadi sebuah konsert yang cukup meriah dari sudut penjiwaan dan roh. 

“Malah, sejak mula membuat latihan konsert bersama pemuzik-pemuzik yang bakal mengiringi konsert persembahan saya ini, mereka nampak enjoy betul. 

“Sebab mereka ini memang terlibat di dalam rakaman album saya dan mereka juga yang mainkan lagu-lagu ini di dalam konsert. Masing-masing cukup teruja untuk membuat persembahan. 

“Namun, dalam ramai-ramai yang terlibat hanya Rafi Mohd sahaja yang tidak dapat ikut serta kerana sibuk dan terlibat dengan Konsert U.K’s sebagai pengarah muzik. Kalau boleh, saya memang mahukan dia di dalam konsert ini,” katanya. 

Jelas Hattan lagi, dia turut mengambil kesempatan untuk membawakan beberapa lagu dalam album 'Ana Permata Timur' di dalam konsert solonya itu nanti. 

“Saya suka album 'Ana Permata Timur' tu. Tapi, masa album keluar, saya kena ban. Album itu juga pun kena ban

“Radio tak boleh main. TV tak boleh main. Kalau yang terlepas pun, adalah satu lagu iaitu 'Rona-rona Cinta'. Tapi itu pun, mereka tak main sebab kes rambut panjang. 

“Bila muncul sahaja media sosial, ada yang keluarkan lagu itu. Jadi, orang sudah mula tahu lagu-lagu di dalam album tersebut,” katanya. 

Tentang segmen tribute buat sifunya, Datuk M Nasir, Hattan berkata, dahulu dia pernah bawakan lagu-lagu ciptaan M Nasir di dalam album 'Mentor' dan 'Aku Mentor'. 

“Jualan kedua-dua album itu memang gila. Saya sangat menghargai Nasir dan dia yang bawa saya, Nan dan Firdaus masuk ke dalam industri ini. Dia memang sifu kami. Itu kita harus akui. 

“Sebab itu saya dedikasikan sebuah segmen penghormatan buat Nasir. Buat apa adakan segmen penghormatan ini kalau dia sudah mati. Dia pun tak dapat tengok. 

“Oleh kerana dia akan datang ke konsert ini nanti, jadi kira rasa memang perlu ada segmen ini. Supaya orang tahu hasil buah tangan Nasir sebelum ini. Dalam album saya pun, Nasir banyak buat lagu untuk saya,” katanya.

Gambar: Mewah Event Management

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN