web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:47PM

Muaz Zabir. - gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelakon bhaaru, Muaz Zabir, terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff Aziz sewaktu ditemuramah dalam sesi 'podcast' baru-baru membabitkan hubungan sulitnya bersama Bella Astillah.

Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, beliau dan Aliff sudah berbincang dan menyelesaikan masalah mereka pada November lalu.

Selain itu, beliau berkata, kedua-dua pihak membuat perjanjian untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

"Saya telah minta maaf pada dia (Aliff). Kami telah pun mencapai persefahaman. Dia pun sudah maki hamun saya dahulu. Saya masih ada mesej-mesej dia pada saya.

"Dia minta saya untuk tidak berbicara tentang isterinya (Bella) kepada sesiapa. Tetapi lain pula yang dia buat dalam sesi temubual 'podcast' itu.

"Dia masih ada nombor saya. Boleh hubungi saya sendiri. Tak perlu nak buat ‘podcast’ atau hebahkan di media sosial. Be gentleman," katanya ketika ditemui di acara bertemu peminat sempena karnival Jom Heboh.

Ditanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Aliff berserta 400 gambar bukti perselingkuhannya bersama Bella, kata Muaz beliau tidak gentar kerana pihaknya juga mempunyai bukti sendiri.

“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami. Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.

Dalam pada itu, Muaz menasihatkan Aliff supaya berhenti memburukkan dan mengaitkan lagi namanya dalam isu kontroversi yang berlaku.

“Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi saya harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.

“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.

“Namun, jika tindakan anda tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” katanya.

Terdahulu Aliff menerusi temu bual ‘podcast’ yang bersiaran di YouTube menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sehingga isterinya itu berubah sikap.

Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya. – Getaran, 4 Mei 2024

Foto : Helmi Anuar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM