web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 4:08PM

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata siasatan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara dan sama ada, ada siasatan tambahan atau tidak, saya percaya itu dalam bidang kuasa pihak Peguam Negara. 

"Tetapi saya yakin, penguat kuasa JAINJ dan PDRM telah laksana tugas, selebihnya kita serah budi bicara Peguam Negara untuk buat tindakan susulan, termasuk sekiranya perlu untuk mendakwa mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.

Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut keluaran Vern's yang dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Pada 8 April lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilapor berkata, pihaknya telah bertemu Pengasas dan Pengarah Urusan Vern's Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan serta langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata seramai 3,500 jemaah haji Johor bakal menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini dengan penerbangan paling awal dijadualkan pada 18 Mei melibatkan seramai 500 orang.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk lslam di negara ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar