Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

Penuhi waktu luang dan hujung minggu anda dengan pelbagai kisah menarik daripada Netflix.

Filem & TV Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:59AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman popular, Netflix tampil dengan barisan ‘sajian’ terbaharu Mei ini untuk tontonan ramai.

Antara yang dijangka mendapat sambutan ramai ialah, Heeramandi: The Diamond Bazaar yang sudah pun bermula tayangannya pada 1 Mei lalu. 

Heeramandi: The Diamond Bazaar.
Heeramandi: The Diamond Bazaar.

Filem ini membawa penonton ke daerah Heera Mandi yang meriah, tempat Mallikajaan yang menawan dan licik memerintah rumah elit pelacur sehingga kedatangan saingan baharu mengancam pemerintahannya.

Berlatarkan era India yang diperintah oleh British dan diarahkan oleh pengarah berwawasan Sanjay Leela Bhansali, Heeramandi: The Diamond Bazaar menjanjikan sebuah kisah mendebarkan yang penuh dengan tipu muslihat, semangat dan drama.

Filem Atlas yang dibintangi oleh Jennifer Lopez juga antara yang ditungu-tunggu ramai. Akan ditayangkan pada 24 Mei hadapan, ia mengisahkan tentang Atlas, seorang penganalisis data yang cemerlang tetapi kurang percaya dengan teknologi AI yang menyertai misi untuk menangkap robot pembelot yang berkongsi kisah silam yang misterius dengannya.

Atlas.
Atlas.

Apabila rancangannya tidak menjadi, satu-satunya harapannya untuk menyelamatkan masa depan manusia daripada AI adalah dengan mempercayainya.

Selain itu ada siri Korea mendebarkan, The 8 Show yang diinspirasikan oleh webtoon popular 'Money Game'. Siri ini mengikuti lapan individu yang mendapati diri mereka terperangkap dalam bangunan lapan tingkat yang penuh misteri.

The 8 Show.
The 8 Show.

Setiap mereka punya matlamat untuk melepaskan diri dengan membawa wang sebanyak yang mungkin, tetapi yang paling penting, adalah untuk terus hidup.

Peminat siri Bridgerton, anda kini sudah boleh tersenyum. Ini kerana musim terbaharu yang ditunggu-tunggu akan menemui penonton bermula 16 Mei hadapan.

Bridgerton.
Bridgerton.

Berikut adalah tajuk-tajuk lain yang akan menemani anda di waktu senggang pada Mei ini.

1. Frankly Speaking (K-drama) – bermula 1 Mei

Seorang juruhebah yang dihormati tiba-tiba kehilangan keupayaannya untuk cakap berlapik ketika ke udara. Ia telah menarik perhatian seorang penulis TV yang menjemputnya menyertai program TV kelolaannya.

Dibintangi: Ko Kyung-pyo, Kang Han-na, Joo Jong-hyuk

Frankly Speaking.
Frankly Speaking.

2. The Atypical Family (K-drama) – bermula 4 Mei

Mengisahkan sebuah keluarga yang memiliki kuasa luar biasa. Namun mereka mula kehilangannya apabila zaman semakin moden, sehingga seorang wanita misteri hadir mengubah segala-galanya.

Dibintangi: Jang Ki-yong, Chun Woo-hee, Goh Doo-shim

The Atypical Family.
The Atypical Family.

3. Super Rich in Korea (program realiti) – bermula 7 Mei

Taikun Singapura, pewaris jenama mewah Itali, bangsawan Pakistan dan banyak lagi. Terokai kehidupan mewah individu kaya raya yang tinggal di Korea.

Dibintangi: Cho Sae-ho, BamBam, Mimi

Super Rich in Korea.
Super Rich in Korea.

4. Mary and The Witch's Flower (Animasi) – bermula 1 Mei

Mary tanpa menyedari telah memetik bunga ajaib yang membawanya ke sekolah magik. Walau bagaimanapun, pembohongan kecil mendedahkan kebenaran yang berbahaya.

Dibintangi: Hana Sugisaki, Ryunosuke Kamiki, Yuki Amami

Mary and The Witch's Flower
Mary and The Witch's Flower

5. Mother of the Bride (Filem) – bermula 9 Mei

Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini bergenre komedi romantic dan ia mengisahkan tentang seorang ibu yang amat menyayangi anak perempuannya. Dia telah ke sebuah pusat peranginan di pulau tropika untuk meraikan perkahwinan anak, namun perkara yang tidak disangka-sangka berlaku.

Rupa-rupanyanya bapa pengantin lelaki adalah bekas teman lelaki yang tidak pernah ditemuinya sejak beberapa dekad.

Dibintangi: Brooke Shields, Miranda Cosgrove, Benjamin Bratt

Mother of the Bride.
Mother of the Bride.

6. Princess Power : Musim Ketiga (animasi kanak-kanak) – bermula 13 Mei

Rakan puteri dari empat Fruitdom berbeza, Beri biru, kiwi, nanas dan raspberi beraksi untuk menjadikan dunia mereka tempat yang lebih baik.

Dibintangi: Trinity Jo-Li Bliss, Dana Heath, Luna Bella Zamora

Princess Power : Musim Ketiga.
Princess Power : Musim Ketiga.

7. Thelma The Unicorn (Filem animasi) – bermula 17 Mei

Diinspirasikan daripada novel terlaris, Thelma The Unicorn pasti menjadi tontonan hujung minggu bersama anak-anak yang menyeronokkan. Saksikan bagaimana seekor kuda poni, Thelma yang pandai menyanyi mendapat kemasyhuran segera apabila dia berubah menjadi unicorn yang comel berkilauan.

Biarpun seronok menjalani hidup yang penuh warna-warni, Thelma mula sedar bahawa menjadi selebriti adalah satu perjalanan yang penuh cabaran dan suka-duka.

Dibintangi: Brittany Howard, Will Forte, Jemaine Clement

Thelma The Unicorn
Thelma The Unicorn

8. Ice Age: Collision Course (Filem animasi) – bermula 23 Mei

Wira Zaman Ais kegemaran anda tiba di Netflix dengan pengembaraan yang luar biasa! Ketaksuban Scrat terhadap ‘acorn’ secara tidak sengaja telah mencetuskan peristiwa kosmik yang mengancam dunia zaman ais.

Kini Buck, Manny, Ellie, Sid, Diego dan kumpulan yang lain mesti bekerjasama dalam perjalanan lucu yang dipenuhi dengan aksi tanpa henti dan watak baharu yang berwarna-warni untuk bertahan daripada bencana yang tidak disengajakan oleh Scrat!

Ice Age: Collision Course.
Ice Age: Collision Course.

Dibintangi : Ray Romano, John Leguizamo, Simon Pegg, Adam Devine, Denis Leary, Jennifer Lopez, Jesse Tyler Ferguson, Josh Peck, Max Greenfield, Queen Latifah, Seann William Scott. – Getaran, 6 Mei 2024

Foto : Netflix

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN