Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 4:36PM

gambar PR & Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana sekali lagi berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, namun kali ini dia turut membawa ahli keluarganya bersama.

Kerap dilihat  ke Tanah Suci menunaikan umrah, kata Puteri Sarah, ini semua adalah rezeki Allah SWT apabila seringkali dijemput menjadi tetamuNya.

"Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya ditaja oleh In Saff Travel And Tours Sdn Bhd untuk menunaikan ibadah umrah. Ini adalah kali keempat saya menunaikan umrah bersama mereka. 

"Kali pertama saya pergi seorang, kali kedua dan ketiga bersama anak-anak dan kali ini bersama ibu dan bapa saya pula," katanya kepada Getaran.

Ditanya kenapa dia memilih untuk melakukan ibadah umrah bersama agensi berkenaan, kata Sarah, dia sangat selesa sejak kali pertama pergi umrah bersama mereka.

"Saya selesa dengan agensi ini kerana mereka menyediakan mutawif yang sangat membantu. 

"Sewaktu saya pergi bersama anak-anak dulu, mutawif banyak membantu untuk menjaga anak-anak saya sewaktu saya melakukan ibadah tanpa saya minta. Ini antara sebab kenapa saya jatuh cinta untuk pergi umrah bersama mereka.

"Selain itu, harga pakej yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan murah berbanding agensi lain. Tempat tinggal di sana juga dekat dan makanan yang disediakan juga sedap," kongsinya. 

Namun, kata Sarah dia bukanlah mengharap tajaan semata-mata untuk menunaikan umrah. Malah, tahun ini dia menaja ibu dan bapanya untuk menunaikan umrah menerusi agensi yang sama. 

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk membawa ibu dan bapa saya menunaikan ibadah umrah bersama akhirnya tercapai," luahnya penuh kesyukuran.

Sementara itu, bapa Sarah iaitu Megat Kamaruddin meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu menaja dia dan isteri pergi menunaikan ibadah umrah.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Puteri Sarah kerana menaja saya dan mamanya pergi Umrah bersama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.

"Agensi ini sangat bagus, very well organised. Ini kali pertama saya pergi umrah bersama agensi ini dan saya lihat semua diatur dengan cantik sekali.

"Saya pernah pergi dengan agensi lain, selalunya bila kali pertama pasti tahap perasaan resah (anxiety) itu tinggi, tetapi dengan agensi ini saya yakin semua 'first timer' akan rasa okay.

"Memang sangat disarankan untuk semua, malah saya fikir selepas ini nak pergi Mesir nanti ingin gunakan agensi ini juga," kongsinya.

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Universiti Ummul Qura di Makkah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.

Menurut salah seorang pengasasnya, pelbagai promosi menarik ditawarkan pihaknya sepanjang tahun ini.

"Antara promosi pada tahun ini, penerbangan domestik percuma dalam semenanjung sahaja ke KLIA. Bagi peserta dari Sabah, perlulah menambah RM400 dan dari Sarawak hanya RM300 sahaja.

"Selain itu, In Saff Travel & Tours turut menawarkan tiket kereta api percuma dari Madinah ke Makkah atau dari Makkah ke Medina dan naik taraf tiket kereta api kelas perniagaan (bussiness class) secara percuma dari Makkah ke Madinah atau dari Madinah ke Makkah.

"Dalam pada itu, kami juga turut menjalankan beberapa kempen yang lebih holistik antaranya, pakej edisi istimewa (Special Edition) selama 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini. 

"Dua buah kapal terbang telah disewa khas yang akan menerbangkan jemaah umrah.  Agensi ini juga mencatatkan penjualan 566 tempat duduk dalam masa yang singkat.

"Selain itu, In Saff Travel & Tours juga mempunyai pakej umrah pelbagai dengan 3 variasi hari antaranya, 9 hari 7 malam serendah RM4970 sahaja. 

"Pakej lain, 12 hari 10 malam dan 22 hari 20 malam. Jemaah boleh memilih pakej mengikut bajet dan kesesuaian tempoh lawatan yang diinginkan. 

"In Saff juga ada menawarkan produk pelancongan percutian islamik di Acheh, Turki dan sebagainya," ujarnya.

Sekadar info, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Disember 2014 dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempahan hotel.

Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara serta pengurusan korban, aqiqah dan dam. - Getaran, 5 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN