web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 5:05PM

Pengarah Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Firdaus Ahmad ketika hadir di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik tuntutan sebanyak RM60,929 kepada empat mangsa pada April tahun lalu.

Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Mohd Firdaus Ahmad, 38, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Syarikat itu dan Mohd Firdaus masing-masing berdepan dengan empat pertuduhan gagal mematuhi award TTPM.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat TTPM di sini pada 14 April 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan jika sabait kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhana Mohd dan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), manakala syarikat itu dan Mohd Firdaus tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 April ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu, Suhana menawarkan ikat jamin RM2,000 bagi setiap satu pertuduhan kepada tertuduh tetapi mahkamah menetapkan RM5,000 untuk empat pertuduhan yang dihadapi oleh Mohd Firdaus.

"Kita juga mohon pengarah ini melapor diri di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya sekali setiap bulan," kata Suhana dan permohonannya dibenarkan Irza Zulaikha. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad