web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 4:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes pemalsuan sepucuk surat permohonan yang menggunakan jata tubuh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek warga tempatan berusia 51 tahun itu ditahan di Kampung Tiong Dalam di sini, pada 2.23 petang selepas polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan berhubung kes tipu tukar hak milik kenderaan tanpa pengetahuan pihak syarikat di Machang pada 18 April lepas.

"Suspek ini bersangkut report di Kota Bharu berkait kes pemalsuan sepucuk surat 'Warkah Permohonan Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darulnaim Yang Menggunakan Jata Tubuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada April lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu.

Muhamad Zaki berkata pengadu yang juga pemilik dan pengarah sebuah syarikat memaklumkan telah melantik suspek bagi menguruskan satu projek perniagaannya di kawasan Jeti Pasir Puteh pada 6 Mac 2022.

"Bagi tujuan itu, suspek diberikan sebuah kenderaan pelbagai guna milik syarikat namun gagal melaksanakan tanggungjawab bagi menguruskan projek dan ditamatkan perkhidmatan oleh pihak syarikat serta menuntutnya mengembalikan semula kenderaan yang diberikan," katanya,

Muhamad Zaki berkata bagaimanapun suspek enggan mematuhi arahan syarikat dan menggunakan dokumen dipercayai palsu untuk membuat penukaran hak milik kenderaan tanpa pengetahuan.

Menurutnya, suspek direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar