web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Faisal Halim Diserang Dengan Asid, Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Segera

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:46AM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ketika menghadiri perlawanan Selangor FC sebelum ini. - gambar Selangor Royal Office

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius insiden pemain bola sepak Selangor FC, Faizal Halim, disimbah asid, semalam.

Baginda juga bertitah mahu siasatan dijalankan pihak berkuasa turut merangkumi kemungkinan ia ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan media semalam, berkata baginda yang juga Penaung Selangor FC serta anakanda baginda, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral itu dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa prihatin serta kebimbangan baginda susulan kejadian yang menimpa pemain kebangsaan itu, turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang,” kata kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Istana Alam Shah berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mendoakan agar Faisal kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC.

Insiden yang menimpa Faisal di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Faisal Halim mengalami kecederaan di badan selepas disimbah asid dalam kejadian semalam. - gambar media sosial
Faisal Halim mengalami kecederaan di badan selepas disimbah asid dalam kejadian semalam. - gambar media sosial

Perkembangan mengenai insiden itu turut disahkan SFC menerusi satu kenyataan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pemain SFC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

"SFC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

"SFC menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini," katanya.

Ia kejadian kedua selepas Akhyar Rashid yang juga pemain Terengganu FC (TFC) untuk musim ini mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul dengan cota, pada Khamis lalu.

Kejadian samun itu berlaku sehari selepas Akhyar menyambut ulang tahun kelahiran ke-25. – Getaran, 6 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad