web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:15AM

gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Ziana Zain merasakan dirinya belum layak untuk dicalonkan sebagai penerima gelaran Biduanita Negara seperti yang tular di media sosial ketika ini. 

Bagi Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 56, pengiktirafan tersebut hanya layak diberikan kepada anak seni yang serba boleh baik dari bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan. 

“Saya baru 30 tahun lebih dalam industri, saya bermula pada tahun 90-an,  belum layak jika diberikan gelaran Biduanita Negara. Perjuangan saya dalam industri ini pun belum sampai setengah abad.

“Ramai lagi senior saya yang lebih sesuai diberikan pengiktirafan tersebut kerana mereka sudah lakukan pelbagai perkara dan bekerja keras pada zamannya. 

“Cuma pada masa kini mereka tidak ke depan, jadi orang tidak tahu. Saya takut ada perasaan tidak adil kepada senior kita. Mereka adalah inspirasi untuk kami jadi lebih baik,” katanya kepada Getaran. 

Tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini, menjadi lumrah bagi peminat untuk memperjuangkan artis kesayangan mereka, namun urusan pemilihan Biduanita Negara biarlah ditentukan oleh kearifan panel juri. 

“Allahyarham Datuk Sharifah Aini memang layak bergelar Biduanita Negara kerana bakat dan penglibatannya dalam bidang suara, pengacaraan dan lakonan. Itupun mengambil masa bertahun-tahun sebelum diiktiraf.

“Biarlah gelaran itu diberikan oleh orang yang arif dalam penilaian kepada artis yang benar-benar layak. 

“Kita tak boleh calonkan diri sendiri. Peminat memang mahukan yang terbaik buat artis kesayangan mereka, namun mereka mungkin tidak faham maksud sebenar gelaran tersebut. 

“Saya belum boleh terima gelaran itu, ia terlalu besar,” ujarnya. 

Terdahulu, perbincangan mengenai siapa yang patut dianugerahkan gelaran Biduanita Negara menjadi topik hangat di media apabila peminat mencadangkan supaya gelaran tersebut diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi respons baik dan berkata, pihaknya akan membuat penilaian penganugerahan itu.

Disebabkan itu, warga siber mula melontarkan pendapatan mereka masing-masing dan turut mencadangkan beberapa nama besar seperti Datuk Sheila Majid dan Ziana Zain.

Gelaran Biduan dan Biduanita Negara adalah penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Sehingga kini, hanya tiga penyanyi legenda yang pernah menerima gelaran tersebut, antaranya Allahyarham Puan Sri Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013). 

Dalam perkembangan lain, Ziana bakal beraksi dalam konsert solonya di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada bulan depan selepas lebih 22 tahun tidak mengadakan konsert secara solo. 

"Alhamdulillah, pada usia 56 tahun saya masih diberikan kepercayaan dan peluang untuk mengadakan konsert solo. Saya lihat penyanyi-penyanyi seangkatan dengan saya sudah jarang diberi peluang untuk buat konsert.

"Saya lakukan konsert ini demi peminat yang sentiasa bertanya dan ternanti-nanti konsert solo saya.

"Setakat ini sudah 50 peratus persiapan dilakukan. Selepas menjalani sesi latihan yang pertama baru-baru ini, saya rasa yakin dengan susunan muzik yang dilakukan oleh pengarah muzik Jennifer Thompson," kongsinya. 

Bakal menyampaikan 20 buah lagu popularnya, katanya, lagu-lagu berkenaan dipilih oleh ahli kelab peminatnya iaitu Zianafolks. 

“Jennifer telah mencadangkan agar konsep konsert ini nanti bertemakan 'Siti Roziana' iaitu tentang kehidupan saya sendiri dari bergelar penyanyi sehingga kini.

“Saya utamakan Zianafolks dalam pemilihan lagu kerana mereka lebih tahu lagu apa yang mereka mahu saya nyanyikan. Saya berikan senarai tersebut kepada Jennifer, dia pilih lagu mana yang sesuai dengan konsep kita.

“Insya-Allah lagu-lagu yang dipilih nanti adalah lagu-lagu yang boleh dinyanyikan bersama dan ramai orang tahu," katanya.

Setakat ini, sudah 80 peratus tiket yang berjaya terjual. Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh layari www.ticket2u.com.my/zianazain. 

Konsert Ziana Zain 2024 yang berlangsung pada 25 Mei ini dibawakan khas oleh CSA Academy anjuran Anuar Zain Network, Ziana Zain Network dan Altus Prohouse. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad