web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel janjikan pengalaman magis buat peminat 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2025 9:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Empat Live In Kuala Lumpur 2025 bakal mengukir sejarah dalam industri hiburan tanah air kerana ini kali pertama ia menampilkan empat bintang daripada keluarga yang sama. 

Dijadualkan pada 18 Oktober hadapan di Mega Star Arena Kuala Lumpur, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel sudah bersedia untuk ‘bercinta’ dengan para peminat bagi membuktikan betapa mereka menghargai sokongan peminat yang tidak menunggu lama untuk membeli tiket. 

Sejak mula dijual pada 25 April lalu, tiket kini hanya berbaki 15 peratus sahaja untuk pembelian dan hanya tersedia untuk kategori VIP dan Diamond. 

Mengulas tentang perkara ini, Anuar Zain tidak berhenti melahirkan rasa syukur. Jelas lelaki ini dia mahu konsert yang dirancang itu melakar kenangan indah buat semua peminat yang hadir nanti. 

“Dengan gabungan empat beranak ini, diharapkan akan menjadi sebuah konsert yang dapat memuaskan hati semua pihak dan Insya Allah akan membuatkan semua peminat terhibur. Kami berempat cukup teruja dan berterima kasih dengan sokongan yang telah diberikan. Let’s bring the house down!,” ucap Anuar teruja. 

Pemilik vokal gemersik kesayangan ramai itu turut memberitahu, saat ini beliau sedang fokus membuat persediaan demi memberi persembahan terbaik buat peminat pada konsert Empat Live in Kuala Lumpur 2025 nanti. 

“Buat masa ini, kami berempat dalam fasa mempersiapkan mental dan fizikal untuk memberikan yang terbaik. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan kami juga mudah mencapai kata sepakat biarpun masing-masing punya kemahuan sendiri.

“Saya berharap, peminat yang datang ke konsert itu nanti akan hadir dengan hati dan minda yang terbuka. Kita raikan momen indah ini bersama agar menjadi kenangan terhebat dalam Empat Live in Kuala Lumpur 2025,” tambah Anuar.

Bersetuju dengan Anuar, Ziana berulang kali melahirkan rasa bersyukur dan terharu dengan sambutan hangat daripada peminat. 

“Saya tidak sabar menantikan bulan 10 ini. Rasanya tidak terbayar jasa kalian buat kami. Pada malam 18 Oktober itu nanti, saya bayangkan dan mendoakan agar Empat Live In Kuala Lumpur menjadi satu fenomena dalam industri muzik dan membanggakan kami dan juga peminat. Inilah julung kalinya kita dapat melihat satu keluarga mengadakan konsert bersama-sama,” ujar Ziana. 

Giat mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal seperti konsisten ke gim dan menjaga pemakanan, Ziana sempat berkongsi sedikit tentang persembahan yang menanti.

“Ada banyak lagu-lagu top dan lagu yang sudah lama tidak dinyanyikan akan dipersembahkan di pentas Empat Live in Kuala Lumpur 2025. Memang tidak mudah untuk memilih lagu, tetapi kami berjaya buat pilihan dengan sama-sama berbincang. Fokus kami berempat ketika ini ialah untuk mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal,”katanya. 

Sementara itu, Ernie Zakri mengakui dia sangat teruja dan berterima kasih dengan sokongan pembelian tiket yang disifatkan luar biasa, Ernie memberitahu, sama seperti Anuar dan Ziana, dia juga tidak sabar menanti detik 18 Oktober berlaku. 

“Konsert ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan peminat yang sudah membeli tiket. Ke mana-mana saya pergi ramai yang kata sudah beli tiket. Ini membuat saya terharu dan tidak sabar untuk bertemu peminat,” ujar Ernie. 

Tidak ketinggalan, Syamel turut memaklumkan bahawa dia tidak sekadar ingin menjadi penyanyi, sebaliknya penghibur yang menyentuh hati penonton menerusi persembahan yang bakal dipenuhi dengan cahaya, suara dan jiwa mereka berempat. 

“Peminat yang hadir bukanlah sekadar penonton tetapi mereka adalah nadi yang menghidupkan malam penuh bersejarah itu. Kami berempat akan bersama di atas satu pentas bukan sebagai penyanyi tetapi berkongsi kasih sayang, cinta dan suka-duka perjalanan seni kami kepada semua.

“Saya mahu peminat mengembara dan bernostalgia dengan pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan pada Empat Live in Kuala Lumpur 2025,” ulas Syamel. 

Anda boleh dapatkan tiket untuk kategori Diamond (RM888) dan VIP (RM1,088) di www.ticket2u.com.my/empatkl. 

Pembayaran tiket juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan beli dahulu bayar kemudian (BPNL) seperti Atome dan SPayLater. - Getaran, 14 Jun 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang