web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Kumpulan asal Denmark ini kembali ke Malaysia untuk siri Jelajah ‘Take Us To Your Heart di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ahad lalu

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2024 10:23AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang 36 tahun berada di dalam industri muzik, kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) sememangnya punya aura tersendiri. Buktinya, setiap kali mereka menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, mereka tidak pernah gagal menarik peminat untuk membeli tiket konsert.

Ahad lalu, konsert siri Jelajah MLTR, ‘Take Us To Your Heart’ di Arena of Stars, Resorts World Genting berjaya mengumpulkan lebih 5,000 orang peminat setia yang sanggup memandu jauh di puncak Genting Highland untuk sama-sama berlagu.

Kumpulan yang dibarisi Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) membuka tirai konsert tepat jam 6.00 petang yang disambut dengan sorakan meriah daripada peminat.

Selama dua jam, MLTR berjaya membuai perasan setiap yang hadir dengan rendisi lagu-lagu malar segar yang melodi dan liriknya sentiasa di hati peminat. Sesuai dengan nama konsert ‘Take Us to Your Heart’, MLTR sememangnya terus melekat di hati. 

Biarpun masing-masing sudah layak dipanggil ‘pakcik’ namun itu bukanlah halangan untuk mereka menghidupkan suasana. Tanpa perlu menyelitkan persembahan daripada penyanyi lain, MLTR terus berada di pentas menyampaikan 17 buah lagu dengan penuh bertenaga. 

Sesekali mereka berhenti untuk menyapa peminat dengan pelbagai kisah suka-duka sepanjang perjalanan karier mereka. Bukan hanya si vokalis yang mengambil peranan, tetapi setiap seorang ada cerita menarik yang disampaikan.

Detik yang paling mengujakan ialah, apabila Jascha tiba-tiba turun ke bawah pentas untuk bersalaman dengan peminat. Tindakannya itu membuatkan peminat tidak senang duduk dan ramai yang berlari menghampiri untuk melihatnya dengan lebih dekat. 

Malah, terdapat seorang peminat wanita tampil berani dengan terus memeluk Jascha untuk mengambil gambar. Bagaimanapun, keadaan terkawal kerana krew produksicepat-cepat mengawal situasi. 

Antara lagu-lagu popular yang dipersembahkan ialah ‘That's Why (You Go Away)’, ‘Paint My Love’, ‘25 Minutes’,‘Someday’, ‘Sleeping Child’, ‘Breaking My Heart’, dan ‘Take Me To Your Heart’. 

Untuk rekod, kali pertama MLTR membuat persembahan di Malaysia ialah 30 tahun lalu, di Hard Rock Kuala Lumpur. 

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook kumpulan ini, gitarisnya memberitahu ketika itu persembahan mereka hanya ditonton oleh 300 orang peminat. Biarpun kecil, namun malam itu adalah permulaan perjalanan panjang mereka di Asia Tenggara. 

“Jika ketika itu ada seseorang memberitahu yang kami akan kembali lagi dalam satu persembahan di salah sebuah ‘venue’ berskala besar di Kuala Lumpur selepas 30 tahun, pasti kami tidak akan berani mempercayainya,” ujar Mikkel Lentz.

Michael Learns To Rock merupakan salah satu kumpulan muzik paling berjaya mengharum nama negara kelahiran mereka. Bahkan, mereka adalah kumpulan Denmark paling mendunia tanpa sebarang skandal. 

MLTR telah mengeluarkan 29 album, termasuk kompilasi dan ‘live’ serta telah menjayakan lebih 800 pertunjukan pentas di seluruh dunia. 

Selepas ini MLTR akan terbang ke Medan, Indonesia untuk siri jelajah ini, kemudian ke Singapura dan seterusnya ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk mengakhiri siri jelajah ‘Take Us To Your Heart’. - Getaran, 11 November 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang