web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 4:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya, sebuah festival muzik  dianjurkan bagi menghimpun barisan penyanyi dari empat buah negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Festival muzik yang diberi nama Banyak Bagus 2024 (BBF24) ini akan berlangsung bermula malam ini di MIECC Kuala Lumpur dan berakhir esok.

Antara artis yang terlibat dari Malaysia ialah Dolla, Imsomniacks, Aisha Retno, Jaclyn Victor, dari Indonesia, Lyodra, Fabio Asher, dari Thailand, Tilly Birds, Nanon, Getsunova, 4EVE, LYKN, Atlas, dari Filipina Ben & Ben dan  Zack Tabudio.

Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment David Chua Boon Ghee, dia memilih Malaysia sebagai lokasi pertama kerana sambutan peminat muzik tanah air di sini agak luar biasa. 

“Sebagai penganjur yang bertahun-tahun membawa artis Malaysia ke luar negara seperti US World Tour, saya cukup terharu dengan sambutan dari peminat muzik Malaysia yang menghargai bakat-bakat dari luar negara terutamanya Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

“Saya cuba bawa artis-artis di bawah jenama kolaborasi BBF ini ke tiga negara yang lain sekiranya keadaan mengizinkan dan ini adalah sebuah impian saya untuk dunia muzik. Peminat muzik perlu beri sokongan yang kukuh jika dan Malaysia merupakan lokasi pilihan utama kami,” ujarnya.

Sementara itu menurut kumpulan asal Filipina, Ben & Ben yang dianggotai oleh sembilan anak muda mereka sangat teruja untuk membuat persembahan di sini kerana ini adalah pertama kali mereka ke Malaysia. 

"Kami sangat sukakan Malaysia terutamanya makanan di sini. Tak sangka kami ada peminat di sini. Malah peminat dari Filipina yang tinggal di sini juga ramai," kata mereka. 

Acara festival berkenaan akan bermula pada jam 3.00 petang hingga 10.00 malam untuk kedua-dua hari persembahan. - Getaran, 4 Mei 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang