web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas pada Mei nanti

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 4:06PM

gambar Instagram ainaabdul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.

Hampir sedekad usianya dalam industri hiburan tanah air, pelantun lagu Terus Hidup ini tidak hanya dikenali dengan penampilan fesyen uniknya tetapi aura vokalnya turut diakui ramai artis senior, termasuklah Hattan mahupun Misha Omar.

Ahmad Muriz Che Rose dan Aina Abdul.
Ahmad Muriz Che Rose dan Aina Abdul.

Justeru, peluang bekerjasama dengan pemilik Nurul Aina Abdul Ghani menerusi konsert sulungnya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Mei ini, dianggap konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Ahmad Muriz Che Rose sebagai satu keistimewaan amat berharga.

Apatah lagi, sepertimana Aina yang mengimpikan untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij, begitu juga dengan Ahmad Muriz yang sudah lama menyimpan impian menjayakan konsert bersama wanita itu, sekali gus menjadi penanda aras baharu buat kumpulan orkestranya.

"la benar-benar suatu pengiktirafan tinggi bagi MPO apabila beliau (Aina) sudi menyanyi di pentas sama untuk mempersembahkan lagu-lagu Aina Abdul dalam versi simfoni.

"Tahap penyusunan muzik kali ini, kami lakukan secara teliti, lagu itu sudah mempunyai kelas tersendiri...jadi macam mana MPO nak jadikan ia lebih hebat, itu cabaran dan keseronokanya," katanya pada sidang media Konsert Aina Abdul bersama MPO di sebuah hotel baru-baru ini.

Bercerita lanjut, beliau berkata, keinginannya untuk bekerjasama dengan siswazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari, Universiti UCSI, Kuala Lumpur ini terdetik selepas menonton persembahan nyanyian anak kelahiran Johor Baharu ini dalam sebuah program televisyen, tiga tahun lalu.

Aina yang ketika itu menyanyikan lagu popular Mariah Carey, membuatkan lelaki ini terpukau dengan kelunakan dan kelantangan suara wanita itu, tatkala mendendangkan lagu tersebut, sekali gus meletakkan sasaran untuk bekerjasama dengan wanita ini pada masa akan datang.

Aina yang bakal mendendangkan hampir 20 lagu, antaranya Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam, Imaji, Ahmad Muriz berkata, lagu Shadow adalah antara paling susah untuk digubah dalam bentuk simfoni.

Namun, kerjasama yang diberikan oleh pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 dan bakat yang ada padanya, memudahkan pasukan orkestra MPO pimpinan Ahmad Muriz untuk mengubahnya, sekali gus memastikan konsert tersebut berjalan lancar.

Bagi Aina pula, dia menyifatkan konsert berkenaan sebagai peluang untuk dirinya menampilkan sisi matang berada di atas pentas yang penuh berprestij serta menjadi impian setiap mereka yang bergelar penyanyi.

"Saya teruja untuk melihat Aina Abdul yang matang... saya rasa (konsert ini) seperti inspirasi baharu dan memberi peluang untuk saya menerokai lagu-lagu baharu (selepas lagu-lagu digubah kepada simfoni)," katanya yang akan memberi perhatian lebih kepada persediaan vokal dan menyediakan empat persalinan untuk konsert selama dua hari itu.

Ketika ini dia berlatih sendiri dan akan menjalani latihan bersama MPO, dua minggu lagi serta berharap dapat memberikan yang terbaik pada konsert itu nanti.

Tiket persembahan dengan harga RM255 hingga RM650 boleh dibeli menerusi tempahan di laman sesawang DFP www.dfp.com.my, e-mel ke [email protected] atau telefon melalui talian 03-23317007. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM