Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

Lagu raya terbitan GoSearch itu tetap mengekalkan genre rock dan balada yang sesuai dengan vokal unik Amy, pasti menyentuh emosi peminat mereka

Muzik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 4:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya, kumpulan legenda rock, Search muncul dengan sebuah lagu raya bersempena ketibaan Syawal tahun ini.

Perkongsian berita itu oleh kumpulan berkenaan pasti membuatkan peminat mereka teruja untuk mendengar lagu yang diberi judul Sujud Aidilfitri. 

Sementelah, selepas lebih tiga dekad berlegar di industri muzik tanahair, Search tidak pernah merakamkan lagu bertemakan perayaan terbabit.

Justeru, 2024 adalah tahun bersejarah buat Search dan peminat mereka apabila kumpulan yang dianggotai oleh Datuk Amy, Nasir, Man Kidal dan Hillary ini akhirnya terbuka hati untuk tampil dengan buah tangan istimewa itu. 

Sesuai dengan reputasinya, Sujud Aidilfitri tetap mengekalkan genre rock dan balada, kemudiannya didendangkan pula oleh Amy, yang vokal uniknya memang sudah sebati dengan Search. 

Biarpun mengakui tiada yang extravaganza mengenai Sujud Aidilfitri, tetapi bait lirik yang dihasilkan membawa mesej yang mendalam.

Sujud Aidilfitri memiliki lirik yang lebih menyentuh dan beremosi sesuai dengan suasana hari kemenangan itu sendiri.

“Lirik yang ditampilkan lebih bersifat kepada muhasabah diri, merenung kekhilafan yang telah dilakukan seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

“Aidilfitri yang disambut setiap 1 Syawal adalah hari kemenangan umat Islam dan secara tradisinya dimulakan dengan bermaafan sebelum umat Islam menyambutnya dengan penuh bahagia.

“Inilah yang ingin disampaikan dalam Sujud Aidilfitri. Sebuah sengketa mampu terhapus hanya dengan satu kemaafan yang ikhlas,” ulas vokalis Search, Amy.

Tambah mereka lagi, keputusan merakamkan Sujud Aidilfitri adalah sebagai usaha untuk menghidupkan budaya lagu raya yang semakin jarang dirakamkan kerana pendengar lebih cenderung mendengar lagu raya lama yang bersifat malar segar.

“Tidak dinafikan saban tahun akan ada lagu raya baharu dirakamkan tetapi dengan genre atau suasana lagu yang lebih cenderung meriah atau bersifat keraian.

“Jadi Search memilih nuansa yang lebih ‘kental’ daripada segi melodi dan liriknya. Sesuai dengan kematangan kami,” ujar pemain bass, Nasir pula.

Sujud Aildilfitri diilhamkan sepenuhnya oleh Jun dan Search dengan Rie Tsuji menghulurkan kepakaran sebagai arranger, manakala Rozhan untuk mixing dan mastering. 

Dipasarkan oleh Universal Music, Sujud Aidilfitri yang kini sudah mula boleh didengari di corong radio turut memiliki video muzik yang penggambarannya dijalankan di Terengganu.

Mengulas mengenai sesi penggambaran itu, Amy memberitahu mereka sengaja memilih negeri Pantai Timur itu kerana ia memiliki suasana desa yang menepati konsep lagu terbabit.

“Search amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana sudi berkolaborasi sehingga membuatkan proses pembikinan klip video Sujud Aidilfitri ini berjalan lancar.”

“Kami sengaja memilih Terengganu kerana mahu memiliki suasana desa, damai dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep lagu,” ujar Amy mengenai video muzik yang diarahkan oleh Datuk M Razlan Ismail.

Sujud Aidilfitri  kini sudah boleh didengari di semua platform digital dan video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Universal Music. – Getaran, 2 April 2024

‘Sujud Aidilfitri’  -  Search

Di Aidilfitri yang mulia ini

Hapuskan duka lara

Insafkan sengketa antara kita

Syawal menjelma

Sujud ku pinta

Keampunan rahmat dari nya

Setahun senja

Meniti arus

Lesap mengalir airmata

Halaman kisah kita

Mungkin tercoret prasangka

Yang duka

Ku susun sepuluh jari

tanda kemaafan

 ( pre chorus )

Di Aidilfitri yang mulia ini

Hapuskan duka lara

Insafkan sengketa antara kita

Salam kedamaian

Bagi setiap insan

Maaf zahir dan batin

Ikhlas dari hati yang terdalam

( chorus )

Selamat Oh... Selamat Hari Raya

Selamat... Selamat Hari Raya

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ - Search Bakal Beraksi Dan Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

3

Muzik 1 tahun yang lalu

‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 14 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran