web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 12:22PM

Datuk Khadijah Ibrahim. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaikan sudah menjadi trend, setiap kali menjelangnya musim perayaan Aidilfitri, akan ada lagu raya baharu yang sering dijadikan parodi oleh netizen atau warga siber mahupun pempengaruh sehingga menjadi tular dan ikutan dalam media sosial khususnya TikTok.

Sebelum ini, lagu bergenre pop disulami dengan irama tradisional iaitu Raya Raya Raya nyanyian kumpulan artis wanita Dolla menjadi popular dan parodi lagu itu mencipta sohor kini sehingga pelbagai peringkat umur turut serta termasuklah yang berkeluarga.

Kini, media sosial hangat dengan kemeriahan parodi lagu Alamak Raya Lagi, dendangan kumpulan De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana sehingga berjaya menambat hati ramai.

Perkara ini dapat dilihat apabila muzik catchy lagu berkenaan yang bergenre pop dan turut menggabungkan irama tradisional serta dangdut berjaya mencecah lebih 1.5 juta tontonan di platform YouTube sejak diperkenalkan awal Mac lalu.

Biarpun begitu, di sebalik pelbagai lagu raya alaf baharu yang dihasilkan serta diterima baik peminat, kebiasaannya ia tidak mampu bertahan lama sepertimana 'aura' dan 'kuasa' lagu raya klasik sedia ada yang lebih malar segar serta terus mendapat tempat di hati pendengar.

Lagu Selamat Hari Raya nyanyian Biduanita Negara Puan Sri Saloma misalnya, antara lagu wajib didendangkan di stesen radio tempatan biarpun sudah lima dekad diterbitkan, begitu juga dengan lagu-lagu lain yang terus diminati dan mempunyai perasaan sangat dekat setiap kali tibanya Aidilfitri.

Ini termasuklah Dendang Perantau nyanyian Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee; Aidilfitri (Sanisah Huri), Seloka Hari Raya (Uji Rashid dan Hail Amir), Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Datuk Sudirman Arshad), Suasana Di Hari Raya (Anuar Zain dan Ellina) serta Sesuci Lebaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin).

Nizam Laksamana.
Nizam Laksamana.

Ada sebabnya mengapa ia masih terus utuh bertahan dan bagi penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza berpandangan kekuatan lagu raya lama terletak pada melodi dan liriknya yang lebih 'berjiwa'.

"Melodi dan lirik yang dihasilkan itu melangkaui masa dan apabila mendengar lagu berkenaan, secara tidak langsung akan membawa kita kembali kepada memori paling menarik dalam hidup iaitu semasa menyambut hari raya zaman kanak-kanak dan kerana itu ramai suka mendengarnya.

"Selain itu, penggunaan alat muzik Melayu yang dekat di hati khususnya orang Melayu juga boleh diambil kira. Muzik, melodi dan lirik sebegini kemeriahannya lebih terasa," katanya kepada BERNAMA.

Biarpun begitu, pelantun lagu Air Mata Syawal ini tidak menyekat penghasilan lagu raya baharu mengikut kreativiti dan peredaran masa, namun melodi dan gubahan liriknya penting mengambil kira semangat membangkitkan kemeriahan berkumpul bersama keluarga.

Begitu juga dengan penyanyi popular 1990-an, Nizam Laksamana yang berpandangan lirik yang rumit bahasanya tidak sesuai serta tidak mempunyai 'jiwa' dan mencerminkan lebaran antara faktor menyebabkan lagu raya baharu tidak mampu bertahan lama.

"Berbanding lagu malar segar, bait liriknya sangat sesuai dan tepat dengan melodi. Selepas era 2000-an, kebanyakan lagu raya tidak kekal lama kerana melodinya bukan melodi hits sebaliknya hanya sedap didengar dan seterusnya akan dilupakan," katanya.

Tidak sekadar melihat kepentingan gubahan melodi dan lirik yang bernostalgia, penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim berkata, penyanyi juga perlu bijak mempromosi lagu mereka bagi memastikan ia terus kekal malar segar.

"Dulu, ibu (Khatijah) sendiri pergi pelbagai tempat (mempromosi lagu) dan kerap nyanyikan lagu ini (bingkisan untuk perwira). Ibu akan temui peminat-peminat walaupun di pedalaman ... sekarang pendekatannya berbeza, maka gunalah cara yang ada," katanya, sambil menasihati penyanyi baharu untuk terus berkarya dan menghasilkan naskhah yang boleh dijadikan warisan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Muzik 3 tahun yang lalu

‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

Bukan sekadar konsert, Muzik Lab AJL40 menawarkan pengalaman menyelami dunia muzik Malaysia bersama artis popular seperti Ziana Zain, Shila Amzah dan Amir Masdi...

oleh Rahayu MN