Berita Terkini

23 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 24 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 24 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 25 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 2 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

Sebagai peminat motosikal, Achey memberitahu, dia cuba mencetuskan kelainan untuk menghasilkan sebuah lagu raya tentang gelagat ‘Mat Motor’ dan motosikal mereka.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka lagu raya baharu ciptaan pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi, Achey iaitu ‘Raya Rempit’ akan trending di platform YouTube.

Bahkan, sejak ia dilancarkan pada 10 April lagu, lagu yang berentak moden dan Melayu Asli itu masih menduduki kedudukan tangga 11 dalam senarai trending di platform media sosial tersebut.

Mengulas perkara ini, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 37, mendedahkan bahawa lagu raya baharunya itu adalah sebuah  karya yang diinspirasikan daripada  gelagat ‘mat motor’.

“Semua orang yang nak raya mesti akan beli baju raya dan hias kereta dengan cantik. Sama juga dengan mereka yang balik ke kampung dengan menaiki motosikal.

“Bila nak balik kampung, mereka mesti akan cantikkan motosikal dan bersihkannya, jadi lagu ini adalah untuk mereka. Itu adalah kebiasaan bila nak beraya,” katanya.

Jelas Achey,  dia tidak mengambil masa lama menghasilkan lagu ‘Raya Rempit’ yang dibuat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya sebelum Ramadan lalu.

Menurut Achey, lirik lagu Raya Rempit lari daripada kebiasaan lagu raya lain yang bertemakan balik kampung.

“Saya mendapat ilham dalam perjalanan ke kampung sebelum Ramadan lalu, manakala liriknya pula ditulis ketika pulang ke Kuala Lumpur.

“Selepas menulis lirik dan lagu, kemudian saya menghantarnya kepada pengarah muzik untuk proses susunan muzik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Achey berkata, video muzik dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat hari hanya menggunakan apa yang ada dalam kedai motosikal sahaja.

“Saya adalah rakan kongsi kepada sebuah perniagaan menjual aksesori motosikal dan saya menggunakan tempat tersebut sebagai lokasi video muzik.

“Lagu Raya Rempit antara lain, bertujuan untuk lari sedikit daripada lagu-lagu yang menceritakan mengenai balik kampung, memasak, bermaaf-maafan dan sebagainya. Sebab itu memang kita tahu akan dilakukan pada hari raya.

“Tetapi, apa yang saya mahu sampaikan adalah perkara lain iaitu tentang gelagat Mat Motor dan motosikal mereka. Saya juga peminat motosikal, jadi apa salahnya saya hasilkan lagu seperti ini,” katanya.

Seperti kebanyakan lagu dihasilkan sebelum ini, Achey berharap, lagu ‘Raya Rempit’ ini akan diterima baik pendengar dan mampu kekal malar segar.

“Saya mengharapkan sambutan baik daripada pendengar terutama pengguna motosikal yang pulang ke kampung raya tahun ini.

“Walaupun ia menjadi kebiasaan bagi mereka (mat motor) setiap kali menyambut hari raya, tetapi masih belum dilagukan sehinggalah terhasilnya  lagu Raya Rempit,” tambahnya.

Lagu Raya Rempit terbitan Seventeen Eleven Music boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik, manakala video muzik rasmi lagu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Seventeen Eleven. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Lagu Raya Lama Versi 2022 : Yang Menjadi VS Yang Teruk

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Misi Baharu Betty Banafe, Bantu Wanita Cari Jodoh Melalui Proses Taaruf  Sesuai Dengan Syariat Islam 

Terbaharu, Betty menganjurkan pula sesi bicara untuk membantu wanita-wanita di luar sana untuk memahami cara dan pendekatan untuk mendapatkan jodoh yang mendapa...

oleh Ellyna Ali

Selebriti 12 jam yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah bi...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Desas-Desus Bakal Sertai PAS, Eizlan Yusof Zip Mulut Dan Tidak Mahu Komen Apa-Apa 

oleh Wartawan Hiburan Getaran