web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 7:12AM

Tangkapan layar video Instagram Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Kali ini, figura yang sering menerima jolokan ‘tall, dark and handsome’ itu meraih pujian netizen selepas memuat naik hantaran berbentuk ‘konsert mini’ di akaun Instagram miliknya.

Hantaran tersebut jelas membuatkan netizen terkesima melihat kehebatan bekas Ahli Parlimen Rembau itu, dan ahli keluarganya beraksi bak pemuzik profesional.

Turut menampilkan seisi keluarga termasuk isteri, Nori Abdullah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ, dilihat rancak memainkan gitar elektrik bagi menyampaikan lagu 'Suasana Hari Raya', dendangan biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Petikan gitar Khairy kelihatan cukup profesional, menandakan beliau ada menerima pendidikan formal untuk memainkan instrumen berkenaan.

Berdasarkan keterangan yang dimuat naik, persembahan tersebut turut disertai barisan tenaga pengajar dari sekolah muzik Ironwood.

Tidak sekadar memainkan instrumen,  tiga anak lelaki Khairy, Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin termasuk ibu mereka, Nori turut bersama menyumbangkan suara.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengikut Khairy meluahkan rasa kagum dengan bakat dimiliki Khairy.

“Pening ek KJ. Menteri boleh. DJ boleh. Main muzik boleh. Jangan sampai lepasni dia buat rancangan memasak pulak nak caras KA (Khairul Aming,” kata @izunorrama.

Pendapat senada diluahkan @hmxxra, yang memuji kehebatan Nori.

“Wah Puan Nori pun berbakat goreng gitar ya. Berbakat anak beranak,” katanya.

Kenyataan itu turut dipersetujui @umie_nadra.

“Power la KJ..Selamat Hari Raya KJ & your family,” katanya.

Seorang lagi netizen pula berkata, Khairy pasti menjadi perhatian dunia sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Imagine kalau dia PM. Sure viral seluruh dunia,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, Khairy dipecat daripada UMNO kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Beliau selepas itu ditawarkan untuk berkhidmat sebagai DJ menerusi slot Bekfes Hot di stesen radio Hot FM.

Khairy juga diberi mandat sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT dan Penasihat Belia Johor,  bermula 15 Februari lalu. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad