web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 3:55PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mempertimbang pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), memandangkan hasil negara ketika ini terlalu rapuh untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa hadapan.

Berucap pada National Roundtable Discussion (Rimbun 2.0) di World Trade Centre Kuala Lumpur di sini hari ini, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lcadangan itu pernah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira setahun selepas kerajaan semasa mengambil alih pentadbiran negara.

“Jika ada satu perkara yang boleh dilakukan oleh perdana menteri, ia adalah membawa semula GST.

“Ia tidak semestinya dipanggil GST. Boleh dinamakan sebagai ‘X tax’, cukai yang adil dan saksama, malah cukai Madani sekali pun, nama itu bukan isu utama. Yang penting, hasil negara kita tidak mencukupi,” katanya ketika sesi perbincangan panel.

Menurut beliau, sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti yang diguna pakai ketika ini tidak mampu menjana pendapatan mencukupi buat negara, khususnya ketika berdepan situasi luar jangka seperti pandemik COVID-19 atau konflik geopolitik yang menjejaskan ekonomi global.

Katanya, tanggapan bahawa GST memberi beban berlebihan kepada rakyat biasa juga tidak tepat, kerana barangan keperluan asas serta sektor tertentu seperti kesihatan dan pendidikan sebelum ini dikecualikan atau dikenakan kadar sifar cukai.

“Sesebuah kerajaan perlu berani melaksanakan reformasi sukar pada peringkat awal pentadbiran, sebelum tumpuan beralih kepada pertimbangan politik dan pilihan raya.

“Hanya kerana Barisan Nasional yang memperkenalkannya dahulu, tidak bermakna kerajaan hari ini perlu mengelak daripada melakukan perkara yang betul,” katanya.

Khairy menarik perhatian, masih belum wujud kesungguhan politik ketika ini untuk memperkenalkan semula cukai tersebut.

Malaysia mula melaksanakan GST pada April 2015 di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem SST.

Bagaimanapun, cukai itu dimansuhkan pada 2018 susulan bantahan awam, sebelum kerajaan memperkenalkan semula SST dalam bentuk yang dikemas kini. - Getaran, 9 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad