web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 9:18PM

Perdana Menteri mengislamkan seorang pemuda ketika mengadakan lawatan ke Klang baru-baru ini - gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang lelaki di Klang baru- baru ini bukan satu kesalahan. 

Walau berdepan kecaman khususnya daripada pembangkang, apa yang dilakukan beliau itu tidak menyimpang atau melanggar protokol sebagai seorang Perdana Menteri. 

Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar dengan kedudukannya sebagai seorang Muslim membenarkan beliau mengislamkan individu lain. 

Perkara itu katanya, disahkan sendiri oleh mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. 

“Saya rujuk kepada Dr Zulkifli Al Bakri, saya call dia. Saya tanya dia, saya tanya boleh ke seorang Muslim mengislamkan orang lain. Dia kata boleh,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap. 

@keluarsekejap Tindakan PMX yang tular mengislamkan saudara baharu di Klang minggu lalu selari dengan ajaran Islam, tidak wajar dijadikan polemik. Dengar dan tonton Ep44 #KeluarSekejap ♬ original sound - Keluar Sekejap

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul susulan tindakan Perdana Menteri yang mengislamkan seorang lelaki ketika melakukan lawatan ke Klang baru-baru ini. 

Menganggap tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang Perdana Menteri, segelintir pihak menyifatkan Anwar sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan imejnya dalam kalangan rakyat. 

Menafikan perkara tersebut, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan berkata, kedudukan Anwar sebagai seorang Perdana Menteri tidak menghalang beliau daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. 

“Datuk Seri Anwar ialah seorang Perdana Menteri but that does not stop him from being a Muslim. 

“Mana-mana Muslim, mana-mana orang Islam boleh mengislamkan saudara baharu. Boleh mendengar, membantu mereka mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Klang, Hushim Salleh menerusi video yang dimuat naik di TikTok tampil menjelaskan keadaan sebenar. 

@hajihushimsalleh♬ original sound - Hj Hushim Hj Salleh

Katanya, majlis terbabit diadakan secara spontan sempena lawatan dilakukan Perdana Menteri ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, baru-baru ini. 

“Saya yang meminta Perdana Menteri mengislamkan pemuda berkenaan. Saya mahu jelaskan perkara ini, kerana tidak mahu ditanya di hadapan Allah SWT kelak jika tidak menjelaskan keadaan sebenar,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran