web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat ke atas mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, susulan kenyataan yang didakwa cuba memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan Menteri Kabinet dan Peguam Negara.

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Adam yang memfailkan laporan berkenaan berkata, Khairy telah melanggar sumpah perjawatan kerana mendedahkan butiran perbincangan Mesyuarat Jemaah Menteri.

Berkongsi salinan laporan itu di X, Lokman berkata, segala perincian atau butiran berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Khairy Jamaluddin sebagai bekas Menteri Kabinet tidak boleh membawa keluar apa-apa perkara yang diketahui berkenaan urusan rasminya, khususnya apa yang berlaku semasa Mesyuarat Jemaah Menteri.

The secret dies with the Cabinet Minister. Khairy Jamaluddin telah melanggar sumpah jawatan,” katanya.

Menurut Lokman, butiran berkenaan didedahkan secara tidak langsung oleh bekas Ahli Parlimen Rembau itu menerusi InstaStory yang dimuat naik pada 14 November lalu.

Antara lain, Khairy berkata, GEG itu sudah menerima lampu hijau daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebelum ini apabila ia dibentangkan di Parlimen.

Now the same department says its unconstitutional. You know why? A fierce critic of GEG is none other than the law minister herself. She doesn’t want it passed. Big opponents of GEG in cabinet are law minister, tourism minister and the gaffer. (Sekarang jabatan yang sama memberitahu ia bercanggah dengan perlembagaan. Anda tahu mengapa? Pengkritik terhebat GEG tak lain tak bukan ialah Menteri Undang-Undang sendiri. Beliau tak mahu ia diluluskan. Musuh besar GEG dalam Kabinet ialah Menteri Undang-Undang, Menteri Pelancongan dan ketua mereka),” katanya.

Istilah gaffer digunakan beliau itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, selaku teraju kepada barisan Kabinet.

Mengulas lanjut Lokman berkata, kenyataan diberikan Khairy telah menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat dan ia berupaya menggugat keamanan negara, memandangkan semua maklumat tersebut bersifat rahsia rasmi.

“Dengan itu, saya memohon supaya siasatan dapat dijalankan terhadap Khairy Jamaluddin secara keseluruhannya di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) atas kesalahan fitnah terhadap Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Peguam Negara dan menghina reputasi serta nama baik Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Peguam Negara.

“Siasatan juga harus dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan (Akta 574) atas kesalahan penyebaran maklumat palsu yang mengganggu ketenteraman awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian aplikasi Instagram untuk menyebarkan maklumat palsu,” katanya.

Pengendali rancangan podcast ‘Keluar Sekejap’ itu juga jelas Lokman lagi, wajar disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan maklumat rahsia kerajaan, khususnya, atau mana-mana undang-undang sedia ada yang terpakai.

“Satu siasatan juga harus dilakukan bagi mengenal pasti individu yang telah menyebarkan maklumat yang telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kepada Khairy Jamaluddin,” katanya. – Getaran, 20 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 8 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

oleh Sophia Ahmad