web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

Ia bersempena konsert jelajah Alif Satar & The Locos yang dijangka berlangsung di Sheffield dan London bermula 20 April ini

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:38PM

gambar Instagram Alif Satar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen #GengSubuh Macam Jumaat diilhamkan oleh selebriti serba boleh, Alif Satar bagi menggalakkan orang ramai mengimarahkan masjid pada waktu solat subuh akan diperluas kepada komuniti Islam di United Kingdom pertengahan bulan depan.

Pelakon berusia 34 tahun itu berkata, peluang mengadakan konsert jelajah Alif Satar & The Locos yang dijangka berlangsung di Sheffield dan London bermula 20 April ini akan dimanfaatkan olehnya untuk mengajak umat Islam di sana menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

Penyanyi dan pelakon Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali dengan Alif Satar ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pengumuman sebagai penaja utama Alif Satar And The Locosx GB Gold Malaysia UK Tour 2024, baru-baru ini. gambar BERNAMA
Penyanyi dan pelakon Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali dengan Alif Satar ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pengumuman sebagai penaja utama Alif Satar And The Locosx GB Gold Malaysia UK Tour 2024, baru-baru ini. gambar BERNAMA

"Mesti bagus kalau buat dekat sana, kalau di Malaysia kita boleh tarik berpuluh ribu orang datang, insya-Allah kita cuba.

"Benda ni sangat organik dan tak payah rancang sangat. Macam sebelum ini Alif letak di Instagram sahaja esok nak pergi masjid mana, esoknya ramai yang datang, itulah keindahan #GengSubuhMacam Jumaat ni," katanya yang berazam untuk meneruskan fenomena itu sepanjang hayatnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pengumuman Alif sebagai duta syarikat jualan emas Grand Bullion Gold Sdn Bhd, yang juga penaja konsert jelajah berkenaan, baru-baru ini.

Menurut Alif beliau akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di United Kingdom, bagi merealisasikan inisiatif berkenaan yang akan menggunakan templat serupa, antaranya aktiviti joging selepas selesai solat subuh.

gambar Instagram Alif Satar
gambar Instagram Alif Satar

Penyanyi lagu 'Sesungguhnya Aku' itu juga berkongsi lagu duetnya bersama kumpulan nasyid Raihan, yang pernah mendapat perhatian dan diciap semula oleh London Grand Central Mosque.

Berkongsi lanjut mengenai konsert jelajah itu, Alif berkata, ini adalah kali kedua kumpulan berkenaan beraksi di negara itu selepas kali pertama pada 2019.

"Sebelum ini kami buka untuk 500 orang tetapi alhamdulillah penuh orang datang, harap sambutan yang sama diterima pada konsert kedua ini juga," katanya sambil menambah akan mempersembahkan antara 15 hingga 20 lagu, termasuk lagu nasyid.

Alif berharap keberadaan kumpulan itu di sana menghiburkan pada awal Syawal juga dapat mengubat kerinduan rakyat Malaysia terhadap tanah air. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM