web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 4:41PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejatuhan pelbagai kerajaan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 membuatkan pengundi mula melihat warna sebenar ahli politik.

Aktivis Liyana Marzuki berkata, kedudukan parti-parti politik yang sering bertukar ganti membuatkan lebih ramai rakyat memilih untuk duduk di atas pagar, tanpa menyokong mana-mana pihak.

Menurut beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) membuktikan sikap pengundi yang semakin cakna.

“PRK KKB ini sebagai bukti. Dari awal ramai persoalkan kredibiliti calon. Dari soal pendidikan dan pekerjaaan. Sampai isu hutang pun dicari sampai lubang cacing.

“Calon sendiri pun dah tak tahu macam mana lagi nak pusing. Bila wartawan tanya, dia lari lagi. Tak pernah lagi dalam 65 tahun Malaysia merdeka, kerjaya politikus dipandang sebelah mata. Malah, ada yang menghina. Ramai yang sudah tidak percaya,” katanya menerusi ciapan di X. 

Liyana berpendapat, senario seumpama itu bagaikan satu amaran buat semua parti dan bakal calon yang bertanding. 

 Aktivis Liyana Marzuki. gambar fail
Aktivis Liyana Marzuki. gambar fail

“Bukan senang nak bertanding. Zaman ini, anda jadi calon, anda menghulurkan tengkuk. Isu peribadi dan kredibiliti bukan sahaja akan diratah lawan, malah pengundi dan wartawan. 

“Zaman dulu-dulu, jarang kita persoalkan latar belakang calon. CV pun tak tengok. Kita pangkah ikut logo. Tu sebab gangster kampung dusun dan scammer pun boleh lepas bertanding. Ada yang tak lepas universiti boleh pegang jawatan penting jadi Menteri,” katanya sinis.

Beliau memberi ingatan, semua parti selepas ini perlu lebih ‘beringat’ sebelum memilih mana-mana individu untuk ditampilkan sebagai calon.

Pengundi, katanya, semakin cerdik dan tuntutan atau kehendak mereka juga semakin tinggi.

“Enam tahun ini dengan dengan keadaan politik tidak stabil, ada juga rahmatnya. Pengundi Malaysia makin bijaksana. 

“Kita dalam diam, raise the bar untuk mereka. Moga Malaysia selepas ini dipimpin oleh mereka yang selayaknya. Bukan geng tipu sijil dan scammer,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Perhalusi Kelemahan URA, Bina Semula Keyakinan Rakyat - Aktivis

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Pelantikan Wan Farid Bukti Badan Kehakiman Masih Berfungsi - Aktivis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bangunkan Sektor Pelancongan Bagi Jana Pendapatan Penduduk Kuala Kubu Bahru 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad