web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 8:19PM

Gambar Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berkata proses rawatan pemain sayap sensasi berkenaan, ketika ini berjalan dengan lancar dan baik.

"Kita bagi ruang kepada beliau (Faisal Halim) untuk kesembuhan dan setakat ini lawatan ke atasnya juga agak terhad dan hanya keluarga serta pihak pengurusannya, dibenarkan untuk melawat.

"Kementerian saya sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan Faisal Halim untuk sebarang perkembangan dari semasa ke semasa," katanya.

Adam berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tahap perkembangan kesihatan Faisal Halim, pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2024, di sini, hari ini.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menakrifkan Faisal Halim pulih sepenuhnya.

"Pemulihan beliau sedang berlaku dan kementerian saya bersama rakan-rakan strategik ISN, sedia membantu Faisal Halim daripada segi fisioterapi dan rehabilitasi di ISN (Institut Sukan Negara), sekiranya beliau perlukan," katanya.

Pada 5 Mei, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang membataskan pergerakan dan percakapannya.

Januari itu, dijangka tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.

Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain bola sepak negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, 2 Mei.

Serangan terhadap pemain bola sepak negara memasuki episod baharu selepas itu, apabila cermin kereta pemain kelab Johor Darul Ta'zim Safiq Rahim, dipecahkan oleh dua lelaki menaiki motosikal dengan menggunakan tukul besi di Johor Bahru, pada 7 Mei. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Faisal Halim Teruja Jalani Fisioterapi Untuk Kembali Beraksi

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jelajah Fit Malaysia Labuh Tirai Dengan Rekod Kehadiran 100,000 Peserta

4

Politik 2 tahun yang lalu

Nak Debat? Boleh, Tapi Tunggu Selepas PRN – Adam Adli 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad