web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:49AM

Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nanti akan mewakili Kerajaan Perpaduan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, calon berkenaan sedang dikenal pasti.

"Calon itu daripada Kerajaan Perpaduan, bukan calon dianggap atas nama parti ... kita akan memperkenalkan calon itu (sebagai) calon Kerajaan Perpaduan.

"Sesiapa pun yang masuk gelanggang tentunya dengan hasrat untuk menang. Jadi, kita akan susun gerak kerja, dan program-program yang baik untuk meyakinkan rakyat, membawa misi politik yang baik iaitu 'politik kesederhanaan' daripada kerajaan MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran program rintis Artificial Intelligence Sandbox 2024 antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan NVIDIA di Taman MRANTI, Bukit Jalil di sini, semalam.

Selain itu, Zambry berkata, pihaknya juga telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya itu untuk melihat keadaan semasa Kuala Kubu Baharu dengan mengambil kira aspek jumlah pengundi, kedudukan lokaliti dan taburan penduduk.

"Paling mustahak adalah untuk kita membawa mesej kerajaan ini iaitu membawa 'politik kesederhanaan'. Itu adalah moto kita yang paling mustahak," katanya.

Kelmarin, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, telah memutuskan Zambry dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim diberi tanggungjawab bersama menjadi Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar