web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Exchange TRX Persembahkan TRX Eats, Acara Makan-Makan dan Hiburan Hujung Minggu 

Berlangsung sepanjang Mei ini, acara tersebut turut memberi peluang pengunjung memenangi pelbagai baucer dan hadiah.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 4:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat membeli-belah tumpuan ramai, The Exchange TRX kini sedang giat mengadakan pelbagai acara bagi menarik minat orang ramai untuk singgah ke sana. 

Salah satu acara yang sedang berlangsung sepanjang Mei ini ialah TRX Eats yang turut membawakan Saturday Soirees yang menjanjikan keseronokkan dan pengalaman gastronomi yang lain daripada lain.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk menjamu selera, tetapi boleh berhibur sehingga ke lewat malam dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun khas sehingga jam dua pagi di Dining Terrace. 

Ketua Pemasaran di The Exchange TRX, Jessica Leong berkata, acara gastronomi ini disusun kerana pihaknya menyedari rakyat Malaysia cukup tertarik dengan acara menjamu selera.

“Rakyat Malaysia suka pergi ke lawatan kuliner dan The Exchange TRX sejak awal telah direka untuk memenuhi semua jenis keinginan dan bajet. Untuk makluman, The Exchange TRX memiliki lima presint makan yang unik iaitu Food Exchange, Concourse Dining, Park Dining, Premium Dining, dan Dining Terrace.

“Setiap presint ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan dimeriahkan dengan pelbagai premis makanan dan minuman, termasuklah jenama antarabangsa yang hanya ada di The Exchange TRX," ujarnya.

Tambah Jessica, TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian masakan dan kerancakan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

“Lebih daripada sekadar destinasi runcit, The Exchange TRX berfungsi sebagai hab sosial yang menjemput komuniti untuk meneroka, berhubung dan menikmati rangkaian dinamik pengalaman gastronomi dan hiburan. 

"Melalui acara Saturday Soirees, tetamu boleh menyaksikan persembahan muzik secara langsung daripada DJ kolektif popular, Saturday Selects, atau mengambil bahagian dalam kelas tarian pantas, seperti tarian latin dan hip hop. Percayalah, pengalaman yang diraih pasti tidak menghampakan,” katanya.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke pusat beli-belah tumpuan terkini ini, berikut adalah presint makanan berbeza yang boleh anda diterokai. 

Food Exchange

Cari hidangan kegemaran Malaysia tercinta di sini. Food Exchange menampilkan pelbagai hidangan tempatan yang mewah dengan rasa dan warisan.

Concourse Dining

Concourse Dining menjemput tetamu untuk menikmati beberapa konsep makan kegemaran Malaysia, sama ada citarasa tempatan mahupun antarabangsa.

Park Dining

Park Dining memberi peluang pengunjung untuk menikmati makan malam dikelilingi keindahan dan alam semula jadi di TRX City Park. 

Menampilkan pelbagai konsep makan yang unik dan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka, pengunjung boleh menikmati setiap suapan berpayungkan kerlipan latar langit Kuala Lumpur yang meriah.

Premium Dining

Premium Dining berusaha untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera anda dengan mengubahnya menjadi acara yang tidak dapat dilupakan. 

Ia bukan sahaja menumpukan pada deria rasa, malah melibatkan semua deria dan memberi inspirasi kepada rasa ingin tahu setiap pengunjung. Premium Dining adalah gabungan gastronomi dan estetika untuk pengalaman masakan yang mewah.

Dining Terrace

Dining Terrace adalah tempat di mana Saturday Soirees berlangsung. 

Menampilkan suasana meriah dengan barisan restoran, bar dan kafe yang dibuka sehingga lewat malam. Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, tidak semua restoran yang ditempatkan di kawasan ini sesuai untuk Muslim.

Jadi, hati-hati ketika membuat pilihan dan semak dulu seleksi menu yang tersedia sebelum melangkah masuk. Antara yang mesra Muslim ialah Café Columbo, VCR Stacks, dan Red Box Plus. 

Dari 3 hingga 26 Mei 2024, pengunjung berpeluang memenangi baucar dan hadiah menarik dengan membelanjakan RM200 atau lebih dalam satu resit di mana-mana penyewa makanan dan minuman di sini. 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini promosi, bengkel dan lain-lain aktiviti sepanjang acara TRX Eats, sila layari The Exchange TRX atau ikuti The Exchange TRX di Instagram di @theexchangetrx. - Getaran, 18 Mei 2024

Foto : The Exchange TRX 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN