Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bahaya Zon Selesa Di Tempat Kerja

Pekerja yang kekal di dalam zon selesa ini selalunya mereka yang  tidak gemarkan dan tidak pandai menguruskan tekanan atau ketidaktentuan

Refleksi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah bertahun lama bekerja di tempat kerja yang sama, kehidupan akan terasa terjamin dan selesa. Tiada tercetus keinginan untuk berpindah atau mencari peluang baru di luar sana. Perasaan selesa di dalam pekerjaan ini tidak akan mendorong seseorang untuk melakukan perubahan atau menghasilkan kelainan dalam kerjaya.

Kesannya, pembangunan insan terencat dan kurang pembaharuan dibawa ke dalam kerjaya yang akan menyebabkan nilai pekerja mendatar di pasaran kerana tiada kemahiran baru atau unik untuk ditawarkan. Namun begitu, selagi tiada disruption atau gangguan yang muncul di dalam kerjaya, mungkin seseorang tidak perlu risaukan tentang zon selesa. Tetapi, apabila disruption berlaku, adakah mereka yang berada di dalam zon selesa bersedia menghadapinya? Contohnya, apabila syarikat memerlukan kemahiran baharu dan pekerja sedia ada tidak mampu memenuhinya.

Apakah zon selesa? Zon selesa ialah keadaan psikologi di mana seseorang berasa selesa di dalam sesuatu jawatan kerana kemahirannya tidak diuji, dia sentiasa berada di dalam persekitaran dan kemahiran yang dia tahu, tiada pengalaman atau cabaran baharu yang perlu ditangani, dan semua ini membuatkan dia merasakan bahawa semuanya berada di dalam kawalan dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Pekerja yang kekal di dalam zon selesa ini selalunya mereka yang  tidak gemarkan dan tidak pandai menguruskan tekanan atau ketidaktentuan. Apa sahaja yang berada di luar zon selesa, merimaskan bagi mereka. Lantas, lebih mudah untuk kekal di dalam zon selesa dan sekiranya tiada apa yang mendesak, mereka tidak perlu meninggalkan zon ini.

Pemikiran sebegini agak bahaya kerana teknologi dan kehendak syarikat sering berubah seiring perubahan zaman. Di antara kesetiaan pekerja dan strategi serta perancangan masa depan, syarikat tentu sekali akan memilih kelangsungan perniagaannya. Oleh itu seperti kata mutiara Albert Einstein, ‘the measure of intelligence is the ability to change’, oleh itu mereka yang bijak sedar bahawa perubahan itu perlu. Zon selesa tidak akan menjadi pemangkin kepada perubahan dan jika kita tidak berubah, kitalah yang akan diubah. 

Persoalannya, mengapa sukar sekali meninggalkan zon selesa ini?

Ini berlaku kerana di dalam persekitaran yang biasa, anda tahu mengawalnya. Selesa dengan laluan ke tempat kerja, biasa dengan rutin harian, lali dengan perangai rakan-rakan sekerja, masak dengan karenah ketua dan faham dengan masalah-masalah yang perlu dihadapi. Pendek kata, semua data sudah ada di dalam kepala.

Dengan mencuba sesuatu yang baharu atau bertugas di tempat yang baharu membuatkan seseorang berhadapan dengan ketidaktentuan yang merimaskan. Semuanya perlu dimulakan dari kosong, untuk memperoleh kepercayaan rakan sekerja, untuk mencari keserasian dengan ketua, dan sebagainya. Bagaimana kalau semuanya tidak kena? Adakah perlu mencari lagi dan, sampai bila?  

Kepada mereka yang ingin bersiap sedia dan akhirnya tiada masalah meninggalkan zon selesa, mungkin anda boleh mencuba dua tips ini.

Lakukan Satu Perkara Yang Anda Ingin Lakukan Selama Ini
Kerja ialah kerja, melainkan anda memang melakukan kerja yang benar-benar dekat di hati anda, yang benar-benar anda minati. Jika kerja itu bukan minat anda, carilah satu perkara yang ingin anda cuba selama ini tetapi tidak pernah ada ruang, peluang atau keberanian untuk melakukannya. Contohnya, berlatih untuk larian maraton, merentas negara dengan menaiki motosikal, membina kebun peribadi di rumah, dan sebagainya, kerana apabila minat disemarakkan dengan perancangan dan persediaan, ini akan membuat seseorang bersemangat dalam hidup dan semangat ini akan diterjemahkan ke dalam cara kerja.

Belajarlah Satu Kemahiran Atau Ilmu Baharu
Tiada ruginya menambah ilmu dan kemahiran. Untuk memperbaiki nilai kita di pasaran kerjaya, sasarkan satu kemahiran atau ilmu untuk dikuasai. Lakukan kajian tentang kemahiran yang diperlukan di sektor kita, dan ambil bahagian. Kemahiran menulis dengan baik, kemahiran membuat pembentangan dengan cara terkini, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan aplikasi terbaru, dan banyak lagi. Hanya kita yang tahu apa yang diperlukan jawatan kita, oleh itu upskill! Jangan merasakan apa yang kita ada sudah cukup untuk mengekalkan kita di dalam kerjaya untuk selama-lamanya.

Kesimpulannya, jangan dibiarkan zon selesa menghukum akibat kita tidak peduli dengan perubahan semasa. - Getaran, 5 November 2023 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 9 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN