web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

Asas melontar jamrah adalah kepatuhan kepada perintah Allah SWT, bukan kerana jemaah melihat syaitan secara fizikal, sebaliknya sebagai simbol ketaatan dan pengabaian kepada-Nya.

Refleksi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2026 4:08PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibadah melontar jamrah bukan sekadar melengkapkan satu daripada syarat wajib haji, malah menjadi medan pendidikan yang mengajar jemaah menundukkan ego dan mengutamakan kepentingan orang lain ketika jutaan manusia berhimpun di satu tempat.

Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil berkata antara hikmah terbesar di sebalik ibadah itu ialah membentuk sifat sabar, bertolak ansur dan menghormati hak orang lain ketika melaksanakan ibadah.

Beliau berkata asas melontar jamrah adalah kepatuhan kepada perintah Allah SWT, bukan kerana jemaah melihat syaitan secara fizikal, sebaliknya sebagai simbol ketaatan dan pengabaian kepada-Nya.

"Apabila berada di kawasan jamrah, kita tidak boleh berebut atau mementingkan diri sendiri. Kita perlu memberi laluan kepada orang lain dan melaksanakan ibadah dengan tenang.

"Di situlah ego (kita) diuji. Kita belajar bahawa dalam keadaan sesak sekalipun, kepentingan bersama perlu didahulukan berbanding kehendak diri sendiri," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Ahmad Fauwaz berkata kelancaran jutaan umat Islam melaksanakan ibadah melontar jamrah setiap tahun turut membuktikan bahawa nilai kerjasama dan toleransi mampu diterjemahkan dalam keadaan yang mencabar.

Katanya, semangat saling membantu dan bertimbang rasa ketika melaksanakan ibadah itu mencerminkan kekuatan ummah yang dibina atas asas kasih sayang dan perpaduan.

"Kalau dalam perkara yang kelihatan mudah seperti melontar batu kecil pun kita mampu bekerjasama, apatah lagi untuk melaksanakan agenda yang lebih besar bagi kepentingan umat Islam," katanya. 

Beliau berkata semangat menundukkan ego dan mendahulukan orang lain itu tidak seharusnya terhenti di Tanah Suci, sebaliknya perlu dibawa pulang dan diterapkan dalam kehidupan selepas selesai musim haji. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

8 Daripada 10 Rakyat Malaysia Tidak Sedar Penyakit Retina Bahayakan Penglihatan

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

oleh Rahayu MN