web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

Hari Arafah jelas disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka selain Hari Arafah.

Refleksi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2026 11:16AM

Jemaah haji akan memulakan wukuf di Padang Arafah hari ini - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini, bersamaan 9 Zulhijjah, yang juga merupakan Hari Arafah, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia untuk memperbanyakkan doa, zikir, taubat dan muhasabah diri dalam usaha meraih keampunan serta rahmat Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata, umat Islam disarankan agar banyak berdoa memohon keampunan, kesihatan, rezeki yang halal serta kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

"Hari Arafah jelas disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka selain Hari Arafah.

"Rasulullah SAW turut bersabda sebaik-baik doa ialah doa yang dipanjatkan pada Hari Arafah (Hadis Riwayat Al-Tarmizi), sekali gus menunjukkan besarnya peluang untuk umat Islam memohon keampunan dan rahmat Allah SWT," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Hari Arafah wajar dijadikan ruang memperkukuh penghayatan generasi muda terhadap makna doa sebagai manifestasi pergantungan seorang hamba kepada Allah SWT, bukan sekadar ritual ibadah.

"Dalam dunia moden yang dipenuhi tekanan emosi, persaingan hidup dan krisis identiti, kekuatan spiritual amat penting untuk membina jiwa yang tenang dan seimbang.

"Saya melihat generasi muda hari ini memerlukan pengisian kerohanian yang padu agar mereka tidak terperangkap dalam kekosongan spiritual, budaya materialisme dan pengaruh melampau media sosial," katanya.

Justeru, Hari Arafah sepatutnya dijadikan ruang memperbaharu iman dan membina harapan hidup yang lebih bermakna.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir berkata umat Islam digalakkan memperbanyak zikir pada hari tersebut.

"Pada Hari Arafah juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir. Antara zikir terbaik yang dianjurkan ialah 'La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir"," katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan berkata ibadah puasa pada Hari Arafah juga mempunyai kelebihan besar sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

"Puasa pada Hari Arafah juga mempunyai kelebihan besar kerana berpotensi menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

"Rasulullah bersabda, puasa pada Hari Arafah ini aku berharap kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa pada tahun sebelumnya dan juga tahun berikutnya," katanya. 

Muhammad Akmalludin berkata kelebihan tersebut menjadi tanda kasih sayang Allah SWT yang melimpahkan ganjaran berganda kepada umat Islam, sekali gus memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah dan tidak mensia-siakan kesempatan yang diberi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

8 Daripada 10 Rakyat Malaysia Tidak Sedar Penyakit Retina Bahayakan Penglihatan

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR