Solekan mata tidak semestinya perlu rumit untuk menghasilkan penampilan yang menarik. Dengan pilihan rona yang tepat, satu palet sahaja sudah memadai untuk mencipta gaya berbeza, daripada solekan harian yang lembut sehinggalah penampilan glam yang lebih menyerlah.

Pendekatan itulah yang diketengahkan TK By Tyra menerusi The Eye Edit Eyeshadow Palette, palet pembayang mata pertama daripada jenama kecantikan tempatan tersebut.
Dicipta sebagai palet yang mudah digunakan setiap hari, The Eye Edit menghimpunkan sembilan rona yang dipilih secara teliti, merangkumi kemasan matte dan metalik.

Menurut pengasas TK By Tyra, Tyra Kamaruzzaman, idea menghasilkan palet ini bukan sekadar untuk mengikut trend kecantikan semasa, sebaliknya bagi menyediakan pilihan yang praktikal dan mudah digunakan oleh pelbagai peringkat pengguna.
“Saya sentiasa percaya bahawa solekan sepatutnya menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang membuatkan kita rasa gentar. Ketika menghasilkan The Eye Edit, saya mahu mencipta palet yang boleh digunakan dengan yakin oleh sesiapa sahaja, sama ada ini palet pembayang mata pertama atau yang ke-100.
“Setiap rona dipilih dengan teliti kerana saya mahukan sesuatu yang secara peribadi saya akan gunakan. Palet ini memberikan segala yang diperlukan tanpa membuatkan pengguna rasa terbeban,” ujarnya.

The Eye Edit menggabungkan rona neutral yang mudah dipadankan bersama warna yang lebih menyerlah, membolehkan setiap rona digunakan secara bersendirian, dilapiskan atau dicampurkan untuk menghasilkan penampilan berbeza.
Tekstur matte yang lembut memudahkan proses mencampurkan warna, manakala kemasan metalik memberikan efek berkilau dengan hasil yang lebih menonjol.

Gabungan tersebut menjadikan palet ini cukup versatil untuk pelbagai keperluan. Solekan mata yang ringkas boleh dihasilkan untuk rutin harian, manakala beberapa lapisan dan kombinasi rona boleh memberikan penampilan yang lebih glam untuk acara istimewa.
Buat mereka yang masih baharu dalam dunia pembayang mata, pemilihan rona yang tepat juga membantu menjadikan proses bereksperimen terasa lebih mudah. Dalam masa sama, peminat solekan berpengalaman mempunyai ruang untuk mencuba pelbagai kombinasi mengikut gaya masing-masing.
Nama The Eye Edit ini sendiri menggambarkan konsep yang dibawa, koleksi rona penting yang dipilih dengan teliti tanpa memasukkan warna yang tidak diperlukan.

Pelancaran palet pertama ini sekali gus menandakan satu lagi perkembangan dalam perjalanan TK By Tyra, dengan fokus untuk menjadikan kecantikan lebih mudah didekati, menyeronokkan dan sesuai dengan keperluan pengguna hari ini.
Daripada penampilan natural yang ringkas kepada gaya mata yang lebih berani, satu palet kini boleh menjadi titik permulaan kepada pelbagai kemungkinan. - Getaran, 25 Ogos 2026