web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

Penyimpanan lewat membolehkan bakteria seperti Salmonella dan E. coli membiak, sementara amalan memasukkan daging yang masih panas ke dalam peti sejuk pula akan menaikkan suhu ruang dan menjejaskan makanan lain.

Refleksi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2026 9:22AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketibaan Aidiladha bermakna majoriti umat Islam perlu menguruskan daging korban dalam jumlah yang mungkin agak besar berbanding keperluan pada hari-hari biasa, memerlukan sebahagian daripada daging yang diterima disimpan.

Namun, ramai yang terlepas pandang kepentingan aspek ini sehingga mengundang risiko keracunan yang seterusnya membawa komplikasi kesihatan serius kepada golongan rentan khasnya, termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Mengulas perkara itu, Pegawai Dietetik Universiti Putra Malaysia Jazlina Syahrul berkata meskipun daging boleh bertahan enam hingga 12 bulan di dalam peti sejuk beku, rantaian kebersihan perlu dijaga rapi dari saat memotong, pembahagian porsi hinggalah proses menyahbeku.

"Kesilapan paling biasa kita lakukan adalah dengan membiarkan daging pada suhu bilik untuk satu tempoh yang lama semasa proses pengagihan, sedangkan daging mentah ataupun yang telah dimasak tidak seharusnya dibiarkan di luar (dalam suhu bilik) melebihi tempoh dua jam.

"Julat suhu antara 4 hingga 60 darjah Celsius dikenali sebagai 'zon bahaya' kerana bakteria membiak pantas. Jika cuaca panas melebihi 32 darjah Celsius, tempoh selamat ini menjadi lebih pendek, iaitu hanya satu jam," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, penyimpanan lewat membolehkan bakteria seperti Salmonella dan E. coli membiak, sementara amalan memasukkan daging yang masih panas ke dalam peti sejuk pula akan menaikkan suhu ruang dan menjejaskan makanan lain.

Selain itu, Jazlina juga menyarankan agar daging dipotong mengikut saiz sesuai untuk masakan sebelum disimpan dalam peti sejuk beku memandangkan daging yang telah dinyahbeku tidak selamat untuk dibekukan semula.

Menyentuh amalan mencuci daging mentah sebelum disimpan, Jazlina menjelaskan mencuci daging di bawah aliran air paip yang deras berisiko mencetuskan pencemaran silang, terutamanya jika kawasan itu kemudiannya digunakan untuk menyediakan makanan lain.

Menurutnya, basuhan sedemikian boleh menyebabkan percikan air yang membawa bakteria tersebar ke kawasan sekeliling, termasuk sinki, meja dapur, pisau, papan pemotong dan peralatan memasak.

"Namun, ini tidak bermakna daging tidak boleh dibersihkan langsung. Jika ada kotoran fizikal seperti pasir, tanah atau rerambut, bersihkan kotoran itu dengan hati-hati, dan jika perlu dibilas, elakkan membasuh daging di bawah aliran air deras. Sebaliknya gunakan besen dan bilas perlahan bagi mengurangkan percikan," jelasnya.

Tambah beliau, daging yang siap dibilas perlu ditekap dengan tisu dapur bagi mengurangkan kelembapannya sebelum disejuk beku.

Jazlina juga mengingatkan pengguna agar tidak bergantung pada rupa dan bau semata-mata kerana daging yang kelihatan elok masih boleh dicemari bakteria tahan haba yang tidak musnah meskipun selepas melalui proses memasak.

"Untuk memudahkan pengguna, seeloknya daging yang siap dipotong kecil disimpan dalam bekas kedap udara dan diletakkan label tarikh. Bagi proses nyahbeku, letakkan daging tersebut di bahagian chiller dalam peti sejuk," nasihatnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

8 Daripada 10 Rakyat Malaysia Tidak Sedar Penyakit Retina Bahayakan Penglihatan

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

oleh Rahayu MN