web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Anwar Ke Vietnam Kukuhkan Keyakinan Politik - Duta Vietnam

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 5:01PM

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam bermula esok - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam dari 20-21 Julai akan menyumbang kepada peningkatan terhadap keyakinan politik antara kedua-dua negara, menurut Duta Vietnam ke Malaysia Dinh Ngoc Linh.

Lawatan itu akan membantu usaha untuk memperkukuh pertumbuhan dalam hubungan dua hala dalam semua bidang, selamnyediakan rangka kerja baharu untuk pembangunan seterusnya, Linh memberitahu Agensi Berita Vietnam (VNA),

Beliau berkata ia juga akan mewujudkan dorongan baharu bagi pelaksanaan Program Tindakan untuk melaksanakan Perkongsian Strategik Vietnam-Malaysia bagi tempoh 2021-2025.

Peningkatan kerjasama dua hala dalam beberapa bidang, termasuk politik, keselamatan dan pertahanan, ekonomi, budaya, pelancongan, pekerjaan dan interaksi rakyat dengan rakyat, bergantung kepada pelan tindakan itu.

Selain itu, beliau berpendapat lawatan berkenaan memberi peluang kepada usahawan dari kedua-dua negara untuk mengenal pasti pelaburan dan kerjasama, sambil meningkatkan kerjasama dua hala bagi menangani kebimbangan semasa global, termasuk keterjaminan tenaga dan makanan, perubahan iklim dan transformasi digital.

Pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang merupakan kepentingan bersama, termasuk promosi kerjasama marin dan pembangunan ekonomi berasaskan laut serta penyelarasan di forum serantau dan antarabangsa, terutama dalam rangka kerja ASEAN, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan antara negara serantau dan mempromosi pemusatan ASEAN.

Menurut Linh, Vietnam dan Malaysia adalah rakan semula jadi, berdasarkan persamaan kedudukan geostrategik serta kepentingan yang selari di rantau ini dan dunia.

Walaupun berlaku perubahan yang kompleks di rantau ini dan di seluruh dunia, duta itu yakin hubungan dua hala pada masa depan akan terus berkembang dan berkesan dalam semua bidang, terutama politik dan ekonomi.

Duta itu menekankan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk mengembangkan kerjasama ekonomi, sambil menyuarakan keyakinan matlamat meningkatkan perdagangan dua hala kepada US$18 bilion menjelang 2025, boleh dicapai.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 17.4 peratus tahun ke tahun kepada AS$14.68 bilion pada 2022. -- BERNAMA-VNA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 6 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad