web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bertanding Parlimen Sungai Buloh, Karier Politik Khairy Bakal Berkubur?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 7:00AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karier politik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin boleh dianggap ‘sudah berkubur’ jika desas-desus beliau bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh menjadi kenyataan.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, jika benar UMNO meletakkan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ di kerusi tersebut, ia bukanlah satu strategi politik tetapi ‘pembunuhan karier’ beliau.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Menganggap Khairy sebagai ‘aset’ UMNO, beliau berkata, tindakan tersebut lebih kepada untuk menyekat kemaraan mantan Ketua Pemuda UMNO itu di dalam parti berkenaan.

“Secara peribadi saya berpandangan Khairy adalah seorang ahli politik yang bagus dan mempunyai pakej lengkap kerana beliau masih muda, berpendidikan malah ‘perform’ di setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

“Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah parti yang beliau wakili. Orang bandar tidak menerima parti yang berlatarbelakangkan satu-satu kaum, sebaliknya mereka lebih terbuka kepada parti yang multiracial (berbilang kaum) seperti PKR dan DAP.

“Selain itu, trend pengundi di kawasan bandar seperti Sungai Buloh, mereka tidak melihat kepada personaliti calon, sebaliknya melihat isu semasa yang berlaku di dalam negara,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, parti seperti UMNO amat sukar untuk memperoleh kemenangan di kawasan bandar walaupun pengundi Melayu di Parlimen tersebut lebih ramai berbanding kaum lain.

“Kekuatan UMNO adalah di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu tradisional bukannya yang bersifat terbuka seperti di Sungai Buloh. Tambahan pula, Parlimen tersebut adalah pecahan dari Parlimen Subang.

“Di Selangor, Khairy mungkin berpeluang menang jika diletakkan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Tanjung Karang, Hulu Selangor atau Sepang. Selain daripada itu agak sukar bagi beliau,” katanya.

Bagaimanapun Mazlan berkata, jika Khairy mampu memenangi kerusi Parlimen tersebut,  penyandang Parlimen Rembau itu disifatkannya sebagai pemimpin hebat, tetapi tiada apa yang mustahil dalam politik.

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpendapat, Khairy lebih berpeluang untuk menang di Parlimen dalam Negeri Sembilan memandangkan akar umbinya adalah di negeri tersebut.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Menurut beliau, strategi meletakkan Khairy di Sungai Buloh agak pelik memandangkan Menteri Kesihatan itu sendiri tidak sinonim dengan Parlimen tersebut.

“Jika desas-desus itu benar, saya tidak faham kenapa Khairy bertanding di Selangor sedangkan banyak lagi kawasan di Negeri Sembilan, walaupun tidak dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu seperti Port Dickson, Kuala Pilah atau Tampin sekali pun.

“Kawasan tersebut lebih sesuai kerana Khairy itu sendiri dianggap akar umbinya di Negeri Sembilan, jadi beliau sepatutnya diberikan kerusi di negeri berkenaan, bukannya di Selangor,” katanya.

Ketika ditanya adakah strategi tersebut satu ‘pembunuhan karier’ politik Khairy, Azmi berpendapat, jika Khairy tewas di Sungai Buloh, beliau masih ada harapan dengan diangkat menjadi Senator dan dilantik sebagai Menteri.

Bagaimanapun, katanya, jika strateginya adalah untuk menamatkan karier politik Khairy, maka konsep Senator tersebut boleh dilupakan.

“Tetapi saya pasti, jika benar Khairy tewas ... besar kemungkinan akan tewas kerana Sungai Buloh itu bukan kawasan BN. Tapi beliau masih ada satu lagi harapan iaitu Senator.

“Jadi bagi saya, ia bukan pengakhiran kepada Khairy, (tetapi) jika ada strategi untuk menamatkan kariernya di Sungai Buloh, ia masih belum pengakhirannya,” katanya.

Seorang lagi Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib berpendapat, spekulasi tersebut hanyalah ibarat ‘angin yang berlalu’.

Prof Dr Kartini Aboo Talib
Prof Dr Kartini Aboo Talib

Katanya, kerusi Parlimen Sungai Buloh diwujudkan pada 2018 hasil pecahan daripada kawasan Subang dan Kuala Selangor yang dimenangi R Sivarasa dari PKR dengan menewaskan calon PAS dan MIC.

“MIC secara tradisi melihat Sungai Buloh sebagai kerusi tradisi kaum India tetapi demografi Parlimen tersebut menunjukkan bukan Melayu adalah lebih 35 peratus manakala Melayu sebanyak 65 peratus.

“Jika 35 peratus bukan Melayu tersebut kekal dengan Pakatan Harapan (PH) dan 20 peratus Melayu memilih PH maka sukar untuk BN (memenanginya),” katanya.

Beliau juga berpendapat, majoriti pengundi tegar dan jelas sokongan akan memilih parti yang mereka mahu.

“Khairy lebih dihargai di Negeri Sembilan. Tetapi dalam politik segalanya mungkin berlaku,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Khairy dikatakan ‘hampir pasti’ diletakkan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15 oleh UMNO dengan mempertaruhkan populariti beliau sebagai faktor menarik pengundi untuk mengundi BN. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 17 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad